Habuan jawatan di Felda bekas hakim kritik SPRM?

mohd noor

Sekian lama pemimpin, pegawai kerajaan dan ahli politik disiasat, ditahan dan reman SPRM mengapa agaknya isu Baju Lokap SPRM dipersoalkan selepas tangkapan Tan Sri Isa Samad dan Phee Boon Poh?

Apa jadi dengan Exco atau pemimpin politik yang ditahan dan reman Baju Lokap SPRM sebelum itu? Mengapa tiada yang persoalkan sehingga MP Padang Serai N Surendran membangkitkannya. Kenapa nak ikut rentak pembangkang?

Kini disusuli pula Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang juga panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM. Mengapa beliau persoalkan selepas Tan Sri Isa ditahan? Tidak sebelum ini. Apa jadi kepada Ahli Lembaga Penasihat SPRM yang sepatutnya  bersuara dalam Lembaga itu akhirnya menyerang SPRM secara terbuka.

Sumber menyatakan Datuk Mohd Noor Abdullah dikatakan turut dilantik sebagai Penasihat Felda, dibayar gaji dan mempunyai pejabat. Benarkah?

Jika benar ia sangat tidak manis selepas Tan Sri Isa Datuk Mohd Noor bersuara dalam masa sama beliau adalah Ahli Lembaga Penasihat SPRM

menarafelda.jpg

Beliau hendak jaga siapa? Felda yang didapati terdapat pegawainya rasuah atau beliau sebagai Ahli Lembaga Penasihat SPRM yang dilantik SPRM?

Beliau kena memilih sama ada Penasihat Felda atau letak jawatan sebagai  Lembaga Penasihat SPRM? jika beliau mahu mempertahankan pegawai Felda beliau sepatutnya memantau dan memastikan rasuah tidak berlaku di GLC milik kerajaan itu.

Isunya sekarang isu rasuah felda kini disiasat SPRM. Dan tidak ada isu pun Baju Lokap SPRM sebelum ini. Mengapa sekarang selepas Tan Sri Isa dan Phee Boon Poh? Indonesia yang mempunyai badan pencegah rasuah KPK pun memakai baju ‘oren’ bagi tahanan remannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s