Kerana ‘banyak mulut’ kes Exco, Lim Guan Eng dan Norlela dipanggil SPRM

banyak cakap LGE

GEORGETOWN: Kerana asyik banyak cakap dan menuduh sebelum siasatan selesai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin, bagi membantu siasatan berhubung operasi kilang haram di Sungai Lembu, Penanti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata SPRM merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan selepas kedua-dua individu terbabit ada mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung operasi kilang haram terbabit.

“Lim Guan Eng dan Dr Norlela akan dipanggil secepat mungkin untuk menjalani proses ini. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian masa kerana SPRM juga sedang meneliti beberapa aspek lain dalam siasatan kes ini.

“Setakat ini kita sudah rakam percakapan beberapa saksi dan menahan tiga suspek, termasuk seorang EXCO kerajaan negeri,” katanya

Kelmarin, EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Pengarah kilang Edmund Gan Eu Leong, 37 dan bapanya yang juga pengurus kilang berkenaan, Gan Buck Mee, 70 ditahan SPRM disiasat

Lim Guan Eng mempersoalkan SPRM mengapa Phee Boon Poh ditahan kerana baginya Exco itu tidak bersalah.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin  telah menimbulkan isu kilang haram semasa sidang Dewan Undangan Negeri lebih 2 tahun lalu dan beliau gembira kerana tindakan akhirnya diambil terhadap kilang pemprosesan penapis karbon haram itu

“Saya membangkitkan perkara itu di Dewan Undangan Negeri tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa selama 2 tahun,”

Sementara itu SPRM juga sudah menyita beberapa dokumen berkaitan.

Dalam pada itu, Azam berkata, pihaknya juga akan mendapatkan kerjasama beberapa agensi lain untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s