Exco DAP Terkaya Pulau Pinang ditahan SPRM

sprm.jpg

Exco terkaya di Pulau Pinang Phee Boon Poh yang memegang Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar,  ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau yang juga Adun Sungai Puyu ditahan ketika sedang memberi keterangan berhubung isu sebuah kilang haram memproses abu kayu ri Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh yang diserbu SPRM

Peguamnya, RSN Rayer ketika ditemui di luar Kompleks SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah berkata, selepas pegawai SPRM merampas beberapa dokumen di pejabat Boon Poh di Komtar pagi tadi, anak guamnya diarahkan hadir ke Pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

“Ketika diambil keterangan, SPRM Pulau Pinang menerima arahan dari Putrajaya agar menahan Boon Poh untuk siasatan lanjut. Beliau akan direman dimahkamah esok kira-kira jam 9 pagi.

Pagi tadi, sepasukan pegawai SPRM menyerbu pejabat Boon Poh di tingkat 54, Komtar kira-kira jam 11.30 pagi.

Lima pegawai SPRM yang berpakaian formal dilihat meninggalkan Komtar kira-kira 12.55 tengahari dengan membawa dua buah beg dipercayai dokumen berkaitan kilang haram tersebut.

SPRM turut menggeedah rumah Phee Boon Poh pada sebelah petang di Sungai Puyu, Bagan.

Kenderaan dilihat bergerak masuk kira-kira jam 5.35 dan kemudiannya bergerak keluar kira-kira 7.05 petang.

rumah geledah.jpg

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s