Kerana rasuah, rumah urut dan judi berleluasa tapi tiang pondok pegawal perumahan Wangsa Perkasa DBKL roboh tanpa notis

wangsa maju 1.jpg

KUALA LUMPUR: Penduduk kawasan Rumah Wangsa Perkasa Wangsa Melawati hari ini menyelar pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berkemungkinan mengamalkan rasuah apabila meroboh struktur palang tiang kawasan perumahan mereka.

Seorang penduduk bernama Nizar dalam facebooknya mengadu sikap pegawai DBKL itu yang hanya mendengar bantahan dari penduduk yang bukan tinggal di kawasan perumahan itu sedangkan 90 peratus penduduk Wangsa Perkasa bersetuju kawalan keselamatan di kawasan perumahan diperketatkan demi keselamatan penduduk

Malah penduduk di kawasan itu juga bersetuju bakal mengadakan perjumpaan bagi menerangkan prosedur memasang tiang pondok pengawal itu. Bagaimanapun kini menjadi sebaliknya apabila DBKL tidak memberi notis meroboh struktur atau apa-apa dokumen bertulis.

nizar fb.jpg

“Angota DBKL telah memotong palang tiang kawasan rumah wangsa perkasa wangsa melawati. Katanya ada pihak kawasan rumah yang tidak berpuas hati pada pekerja pengawal keselamatan di kawasan rumah wangsa perkasa. Cerita sebenarnya kami hendak memohon dan dalam proses dalam masa 3 hari pihak DBKL sendiri yang berjanji akan berjumpa untuk untuk berbincang mengenai prosedur memasang tiang pondok pengawal . Tapi kita hanya baru naik tiang dan belum tutup jalan. 90% penduduk wangsa perkasa telah bersetuju apa yang kita bincang kan . Tetapi ada segelintir penduduk rumah wangsa perkasa tidak bersetuju dan tidak berdepan dengan pihak kami. Malah dia telah berbuat tindakan yang tak sepatut nya dia buat. Nak ikut kan benda yang kita buat ni untuk kebaikan penduduk dan keselamatan penduduk di kawasan wangsa perkasa. Padahal banyak lagi rumah kongsi / kedai game perjudian / rumah urut dan banyk lagi kedai haram yang sepatutnya DBKL perlu amek tindakan tapi bukan mcm ni caranya. Saya minta kerjasama pihak atasan ataupun YB. Ketua Bahagian kawasan wangsa melawati tampil dan memberi kerjasama mengenai isu ini. Sekian terima kasih.”

Menurut Nizar DBKL nampak diskriminasi kerana rumah urut, kedai judi online dan kedai haram dibiar berleluasa di kawasan Wangsa Perkasa dibiarkan, namun hanya sebuah struktur demi keselamatan penduduk dirobohkan.

pegawai-dbkl-1.jpg

Dalam satu mesej melalui aplikasi WhatApps pegawai DBKL bernama Meor PCWM berkata tindakan memotong tiang kononnya sudah berbincang dengan Tuan Hj Rizuan (Pak Wan) Pengerusi Persatuan Penduduk Wangsa Perkasa dan wakilnya Tuan Hj Yahya Pengerusi Masjid Al Mustaqim (tidak tinggal disitu).

Penduduk turut mempertikaikan usaha Tuan Hj Ridzuan selaku Pengerusi penduduk Wangsa Perkasa yang mendakwa mendapat sokongan penduduk untuk memotong tiang palang itu kerana setakat hingga hari ini tiada surat persetujuan dan tandangan penduduk mengenai perkara tersebut. Pegawai DBKL perlu buktikan jika ada surat persetujuan penduduk.

“Bagaimana pegawai DBKL mempercayai Tuan Hj Ridzuan dan Hj Yahya ini yang mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil penduduk. Mereka tiada persetujuan kami. Pengerusi memesongkan fakta seolah-olah kami bersetuju. Secara logik siapa tak mahu keselamatan rumah dan keluarga terjamin?”

“Kami tidak teragak-agak melapor kepada polis terhadap Pengerusi dan menyaman beliau seolah-olah kami bersetuju dengan tindakannya merobohkan palang tiang pondok pengawal itu. Sekali lagi jika dia ada bukti bersurat menyatakan kami menyokong sila tunjukkan”. kata seorang lagi wakil penduduk

mesej dbkl.jpg

Seorang lagi penduduk Encik Shari tindakan DBKL itu tanpa memberi notis kepada penduduk adalah tidak wajar sama sekali memandangkan perkara itu sudah ada persetujuan perbincangan dengan DBKL malah penduduk kawasan juga bersedia bertemu DBKL.

“Kami warga penduduk di kawasan Wangsa Perkasa bersetuju cadangan kawalan keselamatan dan pondok pengawal demi keselamatan penduduk di sini. Bukan mendengar semata keputusan Pengerusi dan wakil penduduk yang tidak tinggal di kawasan itu. Kami sudah membuat bantahan sepatutnya DBKL memahami masalah di kawasan Wangsa Perkasa, ajaklah satu perjumpaan penduduk”. katanya.

Penduduk Wangsa Perkasa percaya  pegawai DBKL yang datang meroboh struktur tiang di pondok pengawal itu tanpa notis dan punya hubungan istimewa dengan Pengerusi penduduk dan juga pemimpin di kawasan perumahan telah dibayar rasuah. Cara kerja pegawai DBKL meragukan.

“Kami menggesa SPRM menyiasat sama ada pegawai DBKL  bertugas mengambil rasuah kerana tiada notis terus bertindak seolah-olah mengikut arahan dari pihak tertentu”. katanya 

dbkl-3.jpg
Penduduk menggesa kerjasama pihak atasan  seperti YB Tengku Adnan Menteri Wilayah dan pimpinan kawasan memberi kerjasama mengenai isu ini. Sepatutnya suara majoriti rakyat dan keselamatan penduduk di kawasan perumahan menjadi keutamaan.

Jika prosedur menjadi masalah DBKL dan penduduk perlu berjumpa menyuarakan hasrat hati mereka bukan mendengar kata-kata seorang Pengerusi Wangsa Perkasa yang yang membuat keputusan tanpa berbincang dengan penduduk. 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s