Nik Nazmi gagal jawab Rizal Mansur & bercanggah dengan Naib Canselor UNISEL

nik nazmi unisel vs rizal.jpg

Ketua Angkatan Muda Keadailan Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa pegawai khas kepada perdana menteri, Datuk Rizal Mansor berhenti berlagak seperti jaguh berhubung pendedahannya terhadap Unisel dan kerajaan negeri Selangor.

Nik Nazmi berkata, kebelakangan ini Rizal dan geng cytbertroper UMNO begitu rancak membincangkan isu penyelesaian pertikaian antara Universiti Selangor (Unisel) dan bekas kontraktornya, Jana Niaga Sdn Bhd.

“Apa yang lebih menjengkelkan adalah Rizal bercakap bagaikan mewakili Unisel, sedangkan pihak Unisel sendiri yang terlibat dengan proses penyelesaian pertikaian ini telah memutuskan di peringkat Lembaga Pengarah untuk terus berbincang dengan kesemua pihak berkepentingan.

“Pada masa ini, Unisel dan Jana Niaga sudah tidak ada hubungan kontrak,” katanya pada satu kenyataan media.

“Rizal sepatutnya berhenti sahaja hendak berlagak seperti jaguh yang mempertahankan hak pelajar dan berhenti bercakap bagi pihak Unisel,” katanya.

Rizal pada Ahad lalu mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menjelaskan dakwaan salah laku berhubung bayaran kepada Jana Niaga.

Beliau mendakwa bekas MB terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghentikan bayaran kepada kontraktor berkenaan apabila projek yang dianugerahkan tidak memuaskan.

Susulan itu, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) kelmarin mengancam tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh agensi itu melakukan rasuah berhubung isu berkenaan.

Menurut MBI, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Disember 2012 dan Mahkamah Rayuan pada Julai 2013 memutuskan bahawa Jana Niaga dan Unisel perlu menyelesaikan pertikaian mengikut proses timbang tara seperti yang diwajibkan di bawah kontrak kedua-dua pihak.

MBI turut menafikan bayaran sebanyak RM60 juta telah dibuat kepada Jana Niaga.

Bagaimanapun, Rizal tetap tidak berpuas hati dengan penjelasan berkenaan dan menggesa Azmin serta MBI mengemukakan bukti proses timbang tara berkenaan.

ambil-tindakan-sama-unise.jpg

Blog Captain M dan Selangor-Leak.com mendedahkan kenyataan media MBI bercanggah dengan dokumen yang didedahkan sebelum ini melalui surat jawapan balas Prof Redzuan Naib Canselor UNISEL rujukan UNISEL/P.NC/16/259 (L) bertarikh 26 Mei 2016 memaklumkan tender telah dibuat dan kontrak JNSB ditamatkan.

Surat Naib Canselor UNISEL turut mempertikai YM Raja Shahreen CEO MBI di bawah klausa 4.2 kontrak JNSB dibatal 2013 dan tindak MBI yang dilihat menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru.

Naib Canselor Unisel dikatakan kecewa terhadap MBI yang membayar JNSB tanpa pengetahuan Unisel. Baucar bayaran RM 10 juta dan RM6 juta turut didedahkan.

Dalam satu surat Naib Canselor Unisel turut mendapatkan khidmat pandangan luar dari firma guaman Raj, Ong dan Yudistra surat bertarikh 30 November 2016 kepada UNISEL menyatakan Unisel tidak bersalah yang berhutang ialah JNSB.

Oleh yang demikian menjadi tandatanya bilakah timbang tara itu diputuskan dan mengapa MBI perlu membayar kepada syarikat sedangkan mahkamah memberi kemenangan kes kepada Unisel.

MBI dan Nik Nazmi selaku Exco Pendidikan Selangor ternyata gagal menjawab isu ini dengan memesongkan fakta sedangkan dokumen jelas menunjukkan berlaku salah laku dalam membuat bayaran kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd tanpa pengetahuan Unisel.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s