Pakatan “HARAPAN” tidak diluluskan ROS

parti harapan.jpg

PUTRAJAYA: Sumber dalaman mendedahkan Pakatan Harapan yang diumumkan baru-baru dari segi struktur dan logo yang bakal didaftarkan kepada ROS amat pasti berhadapan masalah sukar dari sudut kelulusan nama ‘Harapan’ memandangkan nama Harapan didaftarkan atas nama Parti Harapan Rakyat Sabah dengan singkatan HARAPAN RAKYAT

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) 25 Oktober 2016 telah  meluluskan pendaftaran penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) diterajui bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Mei laluMei lalu Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membantah penggunaan singkatan ‘Harapan’ untuk mana-mana pertubuhan politik selain parti berkenaan di negara ini kerana berpendapat ia boleh mengelirukan orang ramai di Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin bagaimanapun berkata, parti berkenaan tidak membantah penggunaan singkatan ‘Harapan’ bagi pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau menggesa Pendaftar Pertubuhan (RoS) agar menolak permohonan mana-mana parti politik yang ingin mendaftarkan parti mereka dengan menggunakan singkatan ‘Harapan’

Jika Pakatan Harapan terdiri dari DAP dan PKR malah mungkin Parti Warisan bertanding di Sabah menggunakan nama singkatan dan logo Harapan pastinya ini mengelirukan rakyat.

Dalam pada itu seorang lagi bekas Naib Ketua Cabang PKR Lembah Pantai, Johari Musa telah mendaftarkan Parti Harapan Malaysia (PHM) dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan masih menunggu status pendaftaran mereka dari ROS.

Bukan perkara baru jika ROS tidak meluluskan atau meminta perubahan pendaftarab parti. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 8 September 2016 yang diluluskan oleh  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan misalnya tidak boleh menggunakan singkatan BERSATU sebaliknya hanya PPBM.

PPBM telah diberi amaran melalui surat 9 November 2016 daripada ROS mengingatkan dan memberi amaran kepada PPBM supaya tidak lagi menggunakan nama BERSATU dalam apa juga bentuk program dan aktiviti parti termasuk ceramah, penerbitan serta penggunaan poster, bunting, kain rentang dan sebagainya.

Oleh itu pendaftaran Pakatan Harapan amat pasti akan mengalami masalah kelulusan dalam mendaftarkannya. ROS pasti akan menolak jika terdapat bantahan dari pihak yang diluluskan sebelum ini.

Advertisements

4 thoughts on “Pakatan “HARAPAN” tidak diluluskan ROS

  1. Pingback: Pakatan Harapan Tidak Diluluskan RoS

  2. Pingback: Pakatan Harapan Tidak Diluluskan RoS – MediaLantang.Com

  3. Pingback: LAJIM UKIN JADI HERO BARU: BANTAH PAKATAN HARAPAN | MyMassa – MediaLantang.Com

  4. Pingback: LAJIM UKIN JADI HERO BARU: BANTAH PAKATAN HARAPAN | MyMassa – Semberono.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s