Mahathir tersasul Mat Sabu ‘Presiden UMNO’ tanda ‘nyanyuk’ dengan muka buruk

madey nynyuk.jpg

Hari ini bekas Tun Dr Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan yang dilantik  ketika sidang media Pakatan Harapan dalam nada tersasul mengumumkan  Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mat Sabu sebagai “presiden Umno”.

“Yang berbahagia Tuan Haji Mohamad Sabu, presiden Umno,” katanya ketika mengumumkan struktur rasmi Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Kesilapan itu membuatkan bilik sidang media yang diam menjadi bingit dengan gelak ketawa dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan dan wartawan.

Sebelum itu Mahathir ditegur oleh seseorang: “AMANAH”.

Mahathir secara spontan membetulkan pengumumannya: “Oh, AMANAH”.

Beliau juga secara spontan memanggungkan kepala, turut ketawa besar, menunjukkan muka ‘jelik’ ‘buruk’, menepuk dahi sendiri dan memandang Mat Sabu.

Pada Mahathir ia mungkin satu kelucuan namun pada yang melihat perkara tersirat ia menunjukkan hati Mahathir masih pada UMNO dan dendamnya pada Najib sehingga Mat Sabu disebut Presiden UMNO walaupun jelas Mahathir hanya membacakan skrip sidang media yang telah disediakan oleh Presiden PKR.

Mahathir  secara spontan terus ‘cover’ Mat Sabu: “Saya turun pangkat dia”.

Beliau kemudian terus menghabiskan pengumuman itu ketika suara-suara tawa kecil antara lucu dan perli masih kedengaran.

Mahathir yang berumur 92 tahun bulan ini menunjukkan tanda-tanda nyanyuknya sehingga semua perkara yang mudah pun tersasul. Bagaimanapun media membangkang seperti Malaysiakini melaporkan sebagai lawak Mahathir untuk menutup kelemahan itu wal hal mereka sedar Mahathir semakin tua dan nyanyuk.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s