Gay Melayu DAP umum letak jawatan DAP untuk teruskan kempen LGBT

gay melayu dap.jpg

PETALING JAYA: Presiden Kempen Pelangi, Gay Melayu DAP Numan Afifi penganjur program “Iftar Gay” Jun lalu sah melepaskan jawatan dalam DAP bagi mengelakkan persepsi buruk terhadap DAP.

Numan yang juga Naib Presiden Challenger sebuah NGO yang diasaskan oleh Syed Saddiq sebelum menjadi Ketua Armada PPBM turut menyandang jawatan setiausaha publisiti Pemuda DAP Subang dan ahli jawatankuasa DAP Bandar Utama.

Katanya ketika beliau melepaskan jawatan berkenaan atas kerelaan sendiri namun sumber dalam DAP berkata Numan diarahkan meletak jawatan memandangkan kempen LGBT sensitif dikalangan melayu dan boleh memburukkan lagi DAP dengan masyarakat Melayu.

“Saya lepaskan jawatan sebab tidak mahu timbul salah faham, sebab orang cuba kait dengan DAP. Jadi, saya tidak mahu salah faham itu berterusan demi DAP,” katanya.

Numan sebelum ini menganjurkan Kempen Pelangi, sebuah program buka puasa bersama golongan homoseksual dan LGBT. Ia dianjurkan bagi mewujudkan dialog antara masyarakat heteroseksual dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Hasratnya ialah untuk balik kepada asas dan berdialog antara satu sama lain, berkenalan dengan pegangan, budaya dan identiti masing-masing supaya kasih sayang dapat disebarkan  dan mengiktiraf LGBT di negara ini sebagai sebuah kumpulan,”

Numan menjelaskan beliau melepaskan semua jawatan hari ini, selepas terpilih untuk menggalas jawatan berkenaan dalam pemilihan DAP Subang dan DAP Bandar Utama 2 bulan lalu.

“Saya mahu fokus apa saya buat sebab agar rakyat Malaysia memahami hak-hak golongan LGBT. Saya tidak mahu misi saya ini disalah tafsir dikaitkan dengan DAP.

Pucuk pimpinan DAP bimbang kempen LGBT secara terbuka yang dibawa oleh Melayu DAP bakal memburukkan keadaan. Jalan terbaik ialah meminta Numan meletak jawatan secara sukarela.

gay gen syed.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s