Operasi besar-besaran PATI pegawai imigresen dibayar rasuah RM5000 satu kepala?

mustafar-ali-1.jpg

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia yang meneruskan operasi besar-besaran bagi menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)yang tidak didaftarkan di bawah program Enforcement Card atau E-Kad 30 Jun lalu nampaknya mengundang isu lain.

Terdapat aduan dari PATI dan juga majikan bahawa dalam tempoh pembersihan PATI ini ada pegawai Jabatan Imigresen yang terlibat melakukan operasi meminta rasuah RM4000 hingga RM5000.

Sumber memaklumkan memandangkan tidak ada lagi pemutihan maka jumlah rasuah kepada pegawai Jabatan Imigresen meningkat mendadak.

“musim sekarang pegawai jabatan Imigresen untung besar. Bayangkan jika satu kepala dibyara RM4000 hingga RM5000. Terdapat PATI yan terdesak sanggup membayar mahal dari dihantar balik  ke negara asal”. katanya agar disampaikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


30 Jun lalu Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali menegaskan, operasi akan dilakukan selepas tamat tempoh permohonan E-Kad 12

Katanya sebanyak 155,688 PATI telah  daftarkan untuk E-Kad. Majikan yang telah didaftarkan ialah sebanyak 26,957 orang dan 140,746 E-Kad telah dikeluarkan. Hanya 23 peratus yang daftar E-Kad. Jumlah yang mengecewakan.

bhi230117t.jpg

Beliau menegaskan, majikan yang gagal mendaftarkan pekerja asing mereka akan turut diambil tindakan tegas. Majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka di bawah E-Kad boleh didakwa mengikut Akta Imigresen 1959 / 63 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 bagi seorang PATI, penjara sehingga lima tahun, atau sebatan.

Sejak 1 Julai lalu operasi besar-besaran dilakukan tangkapan oleh Jabatan Imigresen tidaklah sebesar mana berbanding jumlah PATI yang masih ada di negara ini. Ini boleh mengesahkan aduan dari sumber bahawa adanya pegawai Jabatan Imigresen sedang bersekongkol dengan majikan atau pihak-pihak tertentu.

SPRM wajar menyiasat laporan ini jika benar terdapat pegawainya yang terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.

Netizen juga berharap Ketua Pengarah Jabatan Imigresen memantau anak-anak buahnya. Jika didapati bersalah perlu diambil tindakan tegas.

Sebelum ini Jabatan Imigresen pernah mencatatkan indeks rasuah tertinggi dalam kalangan agensi penguatkuasaan di negara ini mengikut laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan berdasarkan aduan yang diterima dan sedang disiasat oleh SPRM terutama melibatkan kes kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s