Azmin Ali sindir Nurul Izzah ‘memandai’ berpakat dengan Mahathir di London

“Perbincangan perlu dilakukan dalam semangat HARAPAN bukan individu”. 

izzah ke london.jpg

Timbalan Presiden PKR,  Mohamed Azmin Ali menegaskan sebarang perbincangan berkenaan Pakatan Harapan  perlu dilakukan melalui mesyuarat Majlis Presiden bukan pertemuan individu tertentu.

Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad di London baru-baru ini.

“Sesiapa sahaja boleh berjumpa Dr Mahathir tapi perbincangan perlu dilakukan dalam semangat HARAPAN bukan individu. Mungkin Nurul Izzah ke sana untuk berhari raya
dengan Dr Mahathir.

“Saya tidak tahu tetapi saya tak rasa ia membincangkan hal Harapan. Jika kita berbincang berkenaan polisi dan hala tuju HARAPAN, ia mesti dibincangkan dalam Majlis Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Sebelum ini dilaporkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Mahathir di London dikatakan usaha menyelesaikan krisis struktur kepimpinan HARAPAN yang sehingga kini gagal dimuktamadkan.

Sebelum ini kem Wan Azizah dan Kem Azmin Ali sentiasa tidak sehaluan dalam PKR termasuk kes rasuah Adam Rosly yang menggundang perbalahan antara Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR dengan Rafizi Ramli.

Sumber rapat dengan Azmin Ali berkata usaha Nurul Izzah ke London berjumpa dengan Tun Dr Mahathir adalah langkah memanda-mandai Izzah dan terdapat perundingan dengan Mahathir yang kita tidak tahu termasuk menentukan kedudukan Wan Azizah Presiden Parti dalam pakatan.

“Azmin Ali Timbalan Presiden PKR tidak dimaklum awal ini mengundang kemarahan Azmin terhadap Nurul Izzah dan Wan Azizah Presiden Parti. Ia menjadi polemik dalaman yang tidak sihat”. Katanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s