Naib Presiden PPBM heret Syed Saddiq Ketua Armada ke Lembaga Disiplin parti

hamidah vs syed.jpg

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak takut dengan ancaman tindakan displin, mempertahankan dakwaan Naib Presiden Hamidah Osman bertanggungjawab untuk perpecahan parti itu di Perak. Syed Saddiq mencabar Hamidah Osman

“Kalau dia mahu hadapkan saya ke lembaga disiplin, dia berhak melakukannya.

“Langkah itu menegakkan proses demokrasi dan ketelusan, serta konsep kebertanggungjawaban dalam parti.

“Saya sedia menghadap, kerana parti selalu kata berani kerana benar,” kata ketua Armada PPBM itu.

Hamidah menjelaskan kepada media telah menulis surat kepada lembaga disiplin PPBM, untuk mengambil tindakan tegas terhadap Syed Saddiq, yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya.

Ia berikutan dakwaan Syed Saddiq pada 28 Mei lalu yang menuduh Hamidah mendalangi peletakan jawatan lebih 1,000 ahli PPBM Perak.

Beliau juga menggelar bekas ketua Wanita Umno Gopeng itu seorang hipokrit yang kecewa dengan keputusan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menamakan beliau ketua PPBM Perak.

“Saya tahu Hamidah punca keadaan ini. Saya akan berkata secara terus terang, Saya mahu Hamidah letak jawatan. Jika anda masuk parti untuk jawatan, sila berambus,” kata Syed Saddiq 

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kenyataannya di hadapan lembaga disiplin nanti, Syed Saddiq jawab: “Sudah tentu”.

“Saya tidak takut kerana saya tahu apa yang berlaku dalam isu ini. Saya cuma menjalankan tugas saya.

“Apabila dia memfitnah kepimpinan tertinggi parti, saya berhak dan bertanggungjawab untuk menjawab dakwaannya.

“Dia tahu semua bukti yang saya ada, yang akan saya serahkan kepada lembaga disiplin,” tambahnya.

Beberapa AJK Armada tidak sebulu dengan Syed Saddiq bersetuju untuk Hamidah mengheret Syed Saddig ke Lembaga Disiplin kerana membuat tuduhan secara biadap.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s