Ketua Pengarah Kesihatan bakal ditukar ‘Flip flop’ longgar BM?

KKM.jpg

KUALA LUMPUR, 5 Julai ― Gara-gara kontroversi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhubung kelonggaran Syarat lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikenakan ke atas pegawai perubatan gred UD41 untuk jawatan kontrak tanpa kelulusan kabinet katanya bakal ditukar tidak lama lagi.

Kenyataan media pada 2 julai lalu mencetuskan kontroversi dari pelbagai pihak termasuk NGO-NGO membantah langkah Kementerian Kesihatan itu. Datuk Seri Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri turut memberi masa kepada dua kementerian untuk memberi penjelasan.

Kabinet hari ini memutuskan pegawai perubatan latihan siswazah bersama Kementerian Kesihatan mesti lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung ketetapan berkenaan hari ini.

Jelasnya, pelantikan pegawai perubatan latihan siswazah dengan kementerian sebelum ini tidak disyaratkan untuk lulus Bahasa Melayu namun dalam tempoh dua tahun mereka menjadi pegawai latihan, mereka perlu lulus mata pelajaran tersebut sebelum dilantik sebagai pegawai perubatan.

Ini bukan kali pertama Noor Hisham Abdullah mencipta kontroversi apabila sebelum ini kenyataan media berhubung kenaikan caj rawatan pesakit turut memberi kekeliruan kepada netizen apabila tiadanya keseragaman kenyataan media rasmi sehingga menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah membuat kenyataan media masing-masing.

Sumber dalaman pejabat Ketua Setiausaha Negara berkata, KSN kecewa dengan cara isu ini diselesaikan seolah-olah kerajaan kelihatan ‘flip flop’ dan sepatutnya semua cadangan sensitif seperti ini perlu dibawa kepada kelulusan kabinet dahulu dan diparhalusi di peringkat kementerian bagi mengelakkan bantahan netizen.

Seorang pegawai KKM mendedahkan sebelum ini pelantikan pegawai perubatan latihan siswazah secara kontrak secara ‘pintu belakang’ tanpa syarat kelulusan BM pun pernah dibuat namun pendedahan Ketua Pengarah ini akhirnya membuka skandal ini. “Ada juga doktor pakar yang tak naik pangkat (naik gred) kerana tidak mempunyai kelulusan BM”

“Gara-gara Ketua Pengarah Kesihatan jilat dan bodek Menteri KKM yang mahu pelajar-pelajar perubatan belajar di India kembali ke Malaysia agar mudah jadi HO, akhirnya dia jadi mangsa’. katanya tidak mahu namanya disiarkan

Kontroversi panas ini mengundang persepsi rakyat mengenai tugas pegawai kerajaan selaku ketua jabatan  yang mendahului kabinet atau menteri mereka.

Kementerian Kesihatan dipenuhi oleh ramai pegawai pro pembangkang sebab itu banyak dokumen kerajaan dibocorkan lebih awal sebelum diumumkan secara rasmi. Sudah tiba masa KSN membersihkan Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

 

Advertisements

One thought on “Ketua Pengarah Kesihatan bakal ditukar ‘Flip flop’ longgar BM?

  1. Pingback: Ketua Pengarah Kesihatan bakal ditukar ‘Flip flop’ longgar BM? - GedungKartun.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: