Ahli Parlimen Sg Siput Parti Sosialis saman Adun Sungkai DAP kerana harta bapa

Michael-Jeyakumar-A-Sivanesan

PETALING JAYA: Dr Michael Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) memfailkan saman fitnah terhadap seorang adun DAP selepas gagal memohon maaf atas dakwaan ahli Parlimen Sungai Siput itu menipu dalam pengisytiharan hartanya, Mei lalu.

Beliau yang terkenal dengan pengisytiharan harta setiap tahun sebaliknya berkata, Adun Sungkai, A Sivanesan yang menipu dengan membuat kenyataan mendakwa beliau tidak mengisytiharkan semua hartanya.

Katanya, kenyataan Sivanesan itu disiarkan di muka depan akhbar berbahasa Tamil, Tamil Malar pada 21 Mei lalu.

“(Laporan itu) mendakwa ‘aset yang diberikan bapa Dr Jeyakumar, seorang doktor pakar terkenal’ tidak dimasukkan dalam deklarasi aset,” kata ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu dalam satu kenyataan.


Beliau kemudiannya menghubungi beberapa pemimpin DAP serta Sivanesan sendiri untuk mendesaknya menarik balik dakwaan itu serta memohon maaf dalam tempoh 10 hari, namun naib pengerusi DAP Perak itu enggan berbuat demikian.

Katanya, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Pengarah Pendidikan Politik, Liew Chin Tong diminta campur tangan dan meminta Sivanesan memohon maaf.

“Tetapi, usaha itu tidak berjaya. Peguam saya juga menghantar surat kepadanya pada 23 Mei lalu. Surat balas Sivanesan pada 29 Mei menafikan kenyataannya mencemarkan nama saya.”

Justeru, beliau tiada pilihan lain kecuali menyaman Sivanesan.

“Bagi PSM, pengumuman aset setiap tahun adalah kewajipan ahli yang menjadi ahli Majlis Kerajaan Tempatan, adun dan ahli Parlimen. Dakwaan Sivanesan amat berat implikasinya,” katanya.

Parti Sosialis dan DAP adalah Pakatan Rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s