Semua pelancong asing kena cukai pelancongan, warga Malaysia hotel 3 bintang ke bawah dikecualikan cukai

nazri-pelancong-360x199.jpg

PETALING JAYA: Cukai pelancongan yang dijadual dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini akan ditangguhkan sehingga 1 Ogos memandangkan sistem terbabit belum siap sepenuhnya, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan yang dipetik Sin Chew Daily berkata, di bawah pelaksanaan dasar baru itu, semua pelancong asing akan dikenakan cukai pelancongan, tetapi warganegara Malaysia yang tinggal di hotel 3 bintang dan ke bawah tidak perlu membayar cukai pelancongan.

Katanya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan bertanggungjawab mengutip cukai baru itu.

“Kami rancang mula kutip cukai ini pada 1 Julai, tetapi sekarang ia belum siap lagi, jadi ia ditangguhkan sehingga 1 Ogos.

“Sudah tentu ini ialah sasaran kami, sama ada ia boleh dilaksanakan secara lancar bergantung kepada persiapan Jabatan Kastam,” katanya kepada akhbar itu.

Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, cukai pelancongan terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM20 untuk penginapan semalam di hotel 5 bintang, RM10 hotel 4 bintang, RM5 hotel 3 bintang serta RM2.50 bagi hotel 2 bintang dan ke bawah.

Pada 8 Jun lalu, Nazri mengumumkan cukai pelancongan yang dikenakan pada kadar RM2.50 hingga RM20 untuk penginapan semalaman akan mula dikuatkuasakan 1 Julai ini.

Pada sidang Parlimen lepas pada April, Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Nazri diluluskan dengan undian majoriti.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan RM654.62 juta, sekiranya kadar penginapan semalaman bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s