Krisis Qatar: Pembangkang Malaysia perlu seru Qatar terima syarat bukan sabotaj

 
azizah qardawi
PETALING JAYA: Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menggesa Malaysia mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mencari penyelesaian terhadap krisis membabitkan Qatar dan 4 negara Arab.

Presiden PKR itu mencadangkan mesyuarat itu boleh diadakan di Kuala Lumpur atau Kuwait untuk membincangkan langkah dan usaha perdamaian politik serta diplomatik antara Doha dan 4 negara Teluk itu.

“Putrajaya juga patut pertimbang menawarkan Malaysia sebagai perantara kepada negara-negara Islam yang sedang bertelingkah ini. Katanya

Kenyataan Wan Azizah ini adalah satu usaha campur negara krisis di negara-negara Arab itu yang sepatutnya ditangani oleh negara Arab yang mana Qatar didapati campurtangan serta bersekongkol dengan pengganas.

Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama beberapa negara lain memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha, selain menutup ruang udara dan laluan darat ke Qatar yang memaksa negara itu mendapatkan bekalan makanan dari Turki dan Iran.

Tuntutan itu bertujuan menamatkan dasar campur tangan luar Qatar yang didakwa menyokong organisasi disifatkan mereka sebagai “pengganas” serta bersimpati dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin dan Iran.

Dr Wan Azizah sepatutnya menyeru Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen agar Qatar menerima syarat negara Arab yang memulau dan memberi sekatan itu bagi menyelesaikan krisis di negara Arab itu.

anwar-dan-yusuf-qardhawi

 

Umum mengetahui Qatar adalah negara melindungi ulamak terbuang iaitu Dr Yusof Qardhawi yang dipuja oleh Anwar Ibrahim dan beberapa ulamak wahabi seperti Dr Asri Zainul Abidin Mufti Perlis.

“Negara tidak wajar mencampuri urusan krisis Qatar dan perlu menyerahkan kebijaksanaan kepada Arab Saudi dan beberapa negara arab lain yang perlu menyelesaikan krisis ini. Qatar perlu menerima syarat yang ditetapkan. Hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi melalui King Salman tidak wajar digadai semata-mata nafsu pemimpin pembangkang di negara ini.” kata seorang pemimpin NGO Islam yang tidak mahu namanya disebutkan.

26 Februari lalu Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud tiba di Malaysia lawatan rasmi empat hari ke negara ini.

Sempena lawatan itu kira-kira RM30 bilion bakal dijana menerusi kerjasama Saudi Aramco dengan Petronas sebagai rakan pelaburan dalam projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, selain menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi dalam empat bidang iaitu, pendidikan, perdagangan, sumber manusia dan kerjasama antara agensi berita.

Usaha campurtangan pembangkang dalam krisis Qatar boleh menggugat hubungan kerjasama Malaysia dan Arab Saudi. Ia satu sabotaj dari pembangkang atas kepentingan mereka dengan negara Qatar.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s