“Kami tak peduli DOJ, minyak turun sempena raya lebih penting”

minyak turun raya.jpg

Harga minyak petrol turun bermula tengah 12.01 tengah semalam ke paras terendah sejak sistem penetapan harga mingguan diperkenalkan pada Mac lalu.

Harga runcit baru RON95 ditetapkan pada harga RM1.91 seliter manakala RON97 pula RM2.17 seliter.

Ini bermaksud harga kedua-dua jenis minyak itu turun sebanyak 7sen.

Trend penurunan itu telah bermula sejak empat minggu lalu. Minggu lepas ia turun ke paras RM2 buat pertama kali.

Harga diesel bagaimanapun kekal pada RM1.88 seliter.

Harga bahan bakar itu ditentukan prestasi harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan mata wang pada minggu sebelumnya.

Menurut Bloomberg, harga minyak mentah Brent dijual pada harga AS$46.92 Khamis lalu sebelum menunjukkan penurunan beransur-ansur sepanjang minggu ini.

Awal hari ini ia diniagakan pada tahap AS $45.95 setong.

Penurunan itu melegakan warga kota yang akan pulang berhari raya bersama keluarga di kampung masing-masing, yang dijangka jatuh pada Ahad ini.

Warga kota yang pulang ke kampung halaman berkata penurunan harga minyak meringkan beban rakyat. Ia bukti kerajaan mendengar suara hati rakyat.

“Kami tidak peduli isu lain seperti DOJ dan 1MDB yang penting balik kampung dengan senyuman. Orang kampung tak kisah hal DOJ. Tak ada kaitan”.

Advertisements

One thought on ““Kami tak peduli DOJ, minyak turun sempena raya lebih penting”

  1. Pingback: “Kami tak peduli DOJ, minyak turun sempena raya lebih penting” - GedungKartun.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s