Sepatutnya Sulaiman Mahbob Pengerusi bukan pemangku

sulaiman

Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), menggantikan Tan Sri Isa Samad yang meletakkan jawatan hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.
Pelantikan Dr Sulaiman itu merupakan salah satu daripada empat penemuan yang digariskan dalam laporan bebas yang diketuai Datuk Seri Idris Jala mengenai krisis FGV.
Dijangka jika krisis FGV selesai sepenuhnya perebutan jawatan Pengerusi bakal berlaku lagi. Ada netizen berpendapat berdasarkan kredibiliti Sulaiman Mahbob layak sebagai Pengerusi FGV bukan sekadar pemangku Pengerusi.
Siapa Tan Sri Sulaiman Mahbob?

Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob bukan nama asing dalam dunia pentadbiran kerajaan, korporat dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Berusia 68 tahun dan kini menjawat kerusi pengerusi Telekom Malaysia Bhd (TM) selepas menggantikan Datuk Seri Dr Halim Shafie sejak 2015, Sulaiman pernah berkhidmat dalam kerajaan selama lebih 38 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan ketua sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) semasa krisis kewangan 1997, 1998 yang melanda negara ini.

Beliau juga pernah menjadi pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dari tahun 1995 hingga di samping mengasaskan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai presiden selama setahun mulai 2004.

Sulaiman turut pernah menerajui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selain terlibat dalam beberapa organisasi besar tempatan antaranya Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Selain itu, Sulaiman juga adalah pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.

Lulusan ekonomi dari Universiti Malaya (UM), Sulaiman kembali ke universiti tersebut sebagai profesor adjung selain turut mengajar di Universiti Tun Abdul Razak dalam bidang ekonomi dan dasar awam.

Sulaiman memegang sijil sarjana dari University of London sebelum menyempurnakan pengajian peringkat PhD di Maxwell School of Citizenship dan Public Affairs di Syracuse University, Amerika Syarikat pada awal tahun 1986.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s