Selepas isu FGV, Pengerusi Koperasi Telekom bersama 5 lagi ditahan SPRM

SPRM KOTA MAS.jpg

KUALA LUMPUR: Sedang kemelut ahli lembaga pengarah FGV berebut kuasa antara Zakaria Arshad CEO FGV dengan ALP FGV diketuai Tan Sri Isa Samad berlaku, pergolakan Ahli Lembaga Pengarah  Koperasi Telekom Malaysia Berhad sekian lama berakhir semalam dengan Enam individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka termasuk Pengerusi Koperasi Telekom Malaysia Berhad Datuk Hj Ismail Nordin, Setiausaha Kehormat Koperasi Datuk Mustapha Md Nasir dan 4 lagi ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi Telekom Malaysia Berhad milik GLC Telekom yang mendaftar ahlinya (peminjam) di bawah naungan mereka dalam sebuah syarikat MLM.

koperasi kota mas

Sebelum ini: Kemelut Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kotamas) sehingga pemecatan Pengerusi lama. Saling melapor kepada SPRM. Akhirnya Pengerusi baru masuk ke dalam bersama Setiausaha dan 4 lagi yang lain.

SPRM dalam kenyataannya berkata mereka yang ditahan adalah pengerusi, setiausaha, bendahari, seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya selain seorang individu daripada syarikat pembekal.

“Semua mereka disyaki memperdaya tidak kurang daripada 450 anggota koperasi di bawah naungan mereka yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit bagi ahli lembaga berkenaan.

“Ahli koperasi tidak mengetahui yang mereka meminjam dan kemudian melabur dalam syarikat MLM itu yang didaftarkan di bawah naungan ahli lembaga berkenaan,” kata SPRM.

Menurut SPRM semua yang ditahan itu juga disyaki menyalah guna kuasa dengan berpakat dengan seorang individu sebuah syarikat pembekal barang keperluan pengguna bagi membolehkan koperasi berkenaan membeli dahulu barangan daripada syarikat pembekal sebelum menjual semula kepada syarikat pembekal yang sama.

“Transaksi ini berlaku hanya di atas kertas sahaja. Apabila ahli koperasi mahu membeli barangan itu, mereka perlu membuat pinjaman koperasi dan syarikat pembekal akan menjual barangan kepada ahli berkenaan.

“Kemudian pihak pembekal akan mengeluarkan invois tuntutan bayaran kepada koperasi berkenaan,” menurut kenyataan SPRM.

SPRM menyatakan rasuah disyaki berlaku apabila syarikat pembekal menjual pada harga tinggi kepada koperasi dan syarikat itu menggunakan sebahagian daripada keuntungan untuk membayar kepada ahli lembaga koperasi yang terlibat.

Hari ini Pengerusi Koperasi Telekom, Datuk Hj Ismail Nordin, Setiausaha Kehormat Koperasi Datuk Mustapha Md Nasir dan 4 lagi direman 5 hari untuk membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi itu.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman hari ini mengeluarkan perintah reman sehingga 11 Jun ini bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, 3 daripada 6 individu tersebut menangis ketika merayu untuk memendekkan tempoh reman dengan memberikan alasan mempunyai masalah kesihatan dan juga ingin menyambut bulan Ramadan bersama keluarga.

Datuk Hj Ismail Nordin Pengerusi Koperasi Telekom kini merupakan ahli lembaga pengarah di beberapa buah syarikat termasuk Bank Rakyat Malaysia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.

Nota: Bila berebut kuasa macam-macam timbul. Akan datang kita nantikan apa keputusan FGV. Siapa masuk SPRM dikalangan mereka?
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s