Isa Samad dan Zakaria CEO perlu disingkirkan untuk selamatkan FGV

isa vs zakaria.jpg

KUALA LUMPUR: Kemelut pergolakan antara Tan Sri Isa Samad Pengerusi FGV dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad melalui fasa baru apabila Zakaria diarahkan untuk bercuti hari ini.

Lembaga Pengarah syarikat itu hari ini mengeluarkan arahan kepada Zakaria untuk melepaskan 2 jawatannya, susulan siasatan terhadap isu tunggakan bayaran oleh sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex yang juga anak syarikat FGV.

Seorang ahli Lembaga Pengarah FGV dilaporkan menghantar dan membacakan kandungan surat itu kepada Zakaria pada mesyuarat pagi ini.

Raja Petra Kamaruddin dalam blognya baru-baru ini mendedahkan Isa Samad cuba menggunakan taktik kotor cuba untuk menyingkirkan Zakaria Arshad, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures yang dikatakan  terlalu lurus dan tidak akan meluluskan sebarang ‘tawaran di bawah meja’. 

fgv5.jpg

Susulan daripada itu Datuk Zakaria Arshad menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) seperti yang diarahkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Dalam perbincangan Lembaga Pengarah FGV pada 31 Mei lalu, Mohd. Isa telah meminta Zakaria meletak jawatan dengan dakwaan Zakaria telah melanggar kod tadbir urus korporat, dengan meneruskan amalan biasa terma pembayaran tanpa surat kredit yang mengakibatkan kelewatan pembayaran daripada syarikat Afghanistan, Safitex.

Dalam pada itu Zakaria turut mendedahkan kepada umum surat penjelasan tidak meletak jawatan kepada Tan Sri Isa bertarikh 5 Jun menggunakan kepala surat FGV yang tular merancakkan krisis Isa dan Zakaria dalam FGV serta menjejaskan imej FGV. Ia perbuatan salah bagi seorang Presiden/CEO.

surat 1 FGV.jpg

fgv2.jpg
Zakaria turut menggesa SPRM campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

 “Saya juga bersedia untuk disiasat dan mengesyorkan SPRM datang menyiasat FGV supaya senang membuktikan jika ada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku dalam FGV.

“SPRM boleh menyiasat saya atau pengurusan dan peringkat tertinggi pengurusan atasan untuk mendapatkan bukti yang sahih. Katanya

Pengerusi Felda Global Ventures Berhad, Tan Sri Isa Samad dalam sidang medianya hari  ini mengumumkan siasatan audit dalaman membabitkan presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu, Datuk Zakaria Arshad akan dibuat dan arahan arahan cuti yang dikeluarkan kepada Zakaria mengikut prosedur syarikat dan mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah FGV.

Isa Samad juga bersedia pihaknya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya diperlukan.

“Terserahlah pada SPRM nak masuk (siasatan), masuklah kita tak ada masalah. Buat masa ini kita cuma mengiyakan siasatan audit dalaman.

“Kalau SPRM nak masuk, siapa boleh tandingi kalau dia nak masuk. Kita nampak ada kesilapan sebab itu kita buat siasatan supaya lebih jelas,” katanya dalam nada bongkak kepada pemberita dalam sidang media di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menerima beberapa maklumat yang mempunyai kaitan dengan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata maklumat itu diberikan oleh pihak tertentu dan SPRM akan meneliti terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

Mengulas lanjut, Azam berkata pihaknya hanya akan menyiasat sesuatu maklumat itu jika terdapat kegiatan berunsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita sudah menerima maklumat berkaitan isu agensi itu dan akan menjalankan siasatan berhubung maklumat yang diberikan,” katanya yang enggan mengulas lanjut

 

Sementara itu dalam komen netizen di media sosial Kem Zakaria dan Isa Samad masing-masing mempertahankan ketua mereka dengan cara masing-masing. Pelantikan adik ipar Zakaria sebagai Pegawai Khas CEO FGV turut dibantah keras termasuk campurtangan Isa Samad Pengerusi FGV secara keterlaluan dalam FGV yang menjadi bualan netizen.

Sumber dalaman Felda berharap sepatutnya bukan hanya setakat ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu Datuk Zakaria Arshad dipaksa bercuti, Tan Sri Isa selaku Pengerusi FGV yang gagal mengawal masalah ini turut diberi cuti. Cara terbaik ialah menggugurkan kedua-duanya dari memimpin FGV. Kemelut FGV akan berakhir jika digantikan dengan pemimpin yang baru.

Polemik FGV jika kerajaan tidak tangani dengan kadar segera boleh menjejaskan syarikat itu. Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia turun 3.5 peratus apabila kemelut lembaga pengarah syarikat itu semakin panas dengan cadangan penyingkiran Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad.

FGV, yang memasuki senarai 10 saham cergas utama pada sesi pertengahan pagi, turun enam sen kepada RM1.67 dengan 14.29 juta saham diniagakan.

MPN.news

Advertisements

One thought on “Isa Samad dan Zakaria CEO perlu disingkirkan untuk selamatkan FGV

  1. Pingback: Isa Samad dan Zakaria CEO perlu disingkirkan untuk selamatkan FGV - GedungKartun.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s