“Saya akan ambil tindakan undang-undang”- Sivarasa Rasiah

sultan selangor murka.jpg

Selepas dimaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita terhadap tindakan Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa, yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di  Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat Klang Rabu lepas, Sivarasa berkata beliau akan menulis surat secara peribadi kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjelaskan kontroversi ekoran ucapannya dalam program itu

Sivarasa menegaskan dia hadir atas kapasiti sebagai wakil rakyat dan tidak berceramah

“Saya tidak memberi apa-apa ceramah, saya hanya berucap sepatah dua kata sahaja kerana dijemput berucap. Perkara ini telah disalahertikan,” katanya mengenai majlis itu.

Belum sempat Sivarasa mengutus surat kepada Sultan Selangor, 3 jun lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menzahirkan rasa sangat dukacita terhadap tindakan anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang telah berucap dalam dewan solat Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang itu.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda telah banyak kali mengingatkan supaya masjid jangan dijadikan tempat untuk berpolitik sama ada oleh orang Islam sendiri atau orang bukan beragama Islam.

“Beta tidak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap dalam masjid adalah kerana beta tidak mahu ianya menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diberitakan mengadap Sultan Selangor berhubung insiden Sivarasa masuk dalam masjid. Azmin yang menyeru agar isu itu dihentikan dan tidak dipanjangkan kerana atas kapasiti Sivarasa wakil rakyat hanya mampu terdiam dan tunduk dengan kemurkaan Sultan Selangor itu.

Sementara itu Sivarasa dalam satu kenyataan medianya bertarikh 3 jun akan berbincang dengan penasihatnya untuk mengenal pasti tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebar berita palsu yang beliau akan melaporkan polis terhadap Sultan Selangor selain fitnah terhadap bekas pembantunya Peter Chong.

Jelas sekali  teguran Sultan Selangor secara terbuka terhadap Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang adalah bukti kegagalan Azmin Ali selaku MB Selangor yang gagal mengawal tindak tanduk wakil rakyat pakatan yang melanggar titah Sultan Selangor sejak 2009, 2010, 2016 dan kini 2017.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: