Disiasat SPRM Skandal Kapal Perang tapi bakal dilantik NC UMS?

SKANDAL KAPAL PERANG

Kota Kinabalu: Ada sesuatu yang tidak kena di Universiti Malaysia Sabah apabila tiga calon Naib Canselor UMS yang dicadangkan Lembaga Pengarah UMS terlibat dengan skandal penyelidikan tiga buah kapal kargo Jepun yang karam di Teluk Usukan semasa Perang Dunia kedua dicalonkan sebagai senarai akhir Naib Canselor UMS yang baru.

Januari lalu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyelar pihak UMS yang diketuai Prof Dr Shahril Yusof TNC Penyelidikan dan Inovasi melakukan kajian tetapi tidak merujuk kepada kerajaan Sabah terlebih dahulu.

Salleh berkata langkah itu bagi menentukan kajian tersebut tidak menjejaskan kawasan yang dikaji, termasuk alam sekitar dan ekonomi penduduk setempat.

“Walaupun tujuannya itu (kajian) amat baik, tetapi kalau ia boleh merosakkan keadaan kawasan tersebut, ia tidak akan mencapai matlamat kajian.Salleh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan, diminta mengulas kajian arkeologi di dua lokasi kapal perang Jepun yang tenggelam di Teluk Usukan dekat sini awal bulan januari lalu yang dikatakan tidak dirujuk kepada kerajaan negeri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun turut mengarahkan kajian itu dihentikan serta-merta sehingga perundingan antara UMS dengan kementerian berkaitan diadakan.

Beberapa hari kemudian, Datuk Masidi dalam akaun Twitternya mengesahkan ‘penyelidikan’ oleh Universiti Malaysia Sabah telah ditarik balik oleh Jabatan Laut Sabah.

Februari lalu media Astroawani melaporkan Kapal Karam Teluk Usukan ini melibatkan tiga buah kapal kargo Jepun yang musnah dek serangan dua buah kapal selam Amerika semasa Perang Dunia Kedua dahulu. Kapal kargo ini bernama; Kokusei Maru, Higane Maru, dan Hiyori Maru. Media antarabangsa seperti The Guardian turut melaporkan.

Bagi kalangan orang tempatan, gelaran mesra bagi ketiga-tiga runtuhan kargo yang terdampar kira-kira 1km antara satu sama lain ini ialah; Rice Bowl Wreck, Upside Down Wreck, dan Usukan Wreck pada kedalaman kira-kira 25m-40m. Kapal karam ini antara destinasi wajib bagi penggemar aktiviti skuba sekitar Kota Kinabalu dan juga daerah Kota Belud.

Lokasi kapal karam ini antara destinasi wajib bagi penggemar aktiviti skuba sekitar Kota Kinabalu dan juga daerah Kota Belud. - Sumber foto dirahsiakan

Persoalan yang menjadi kontroversi ialah surat kelulusan projek kritikal diluluskan tanpa halangan oleh Jabatan Laut Sabah kepada Universiti Malaysia Sabah, telah memusnahkan hampir keseluruhan struktur kapal karam tersebut.

Dalam salinan surat bertarikh 5 Januari 2017, projek kritikal atas nama ‘penyelidikan’ ini diberi kepada syarikat kejuruteraan sivil berstatus enterprise dengan alamat pendaftaran syarikat bertempat di WP Labuan.

Spesifikasi kerja-kerja yang bermula 6 Januari sehingga 6 April 2017, yang mana melibatkan kerja-kerja salvaj pada titik lokasi yang ditetapkan.

Beberapa penyelam skuba di lokasi Upside Down Wreck. - Sumber foto dirahsiakan

Penyelidikan ini terlalu banyak persoalan yang sangat mencurigakan.Sebagai institusi pendidikan, Universiti Malaysia Sabah yang terkenal sebagai pusat kajian marin seharusnya lebih tahu bagaimana industri aktiviti skuba menyumbang kepada negeri Sabah sebagai pusat pelancongan bagi pencinta hidupan marin.

TANPA KEBENARAN.jpg

Siapa yang mengarahkan kajian? Mengapa Prof Datuk Dr Harun Abdullah selaku Naib Canselor UMS memandang mudah kes ini. Prosedur kelulusan bagi projek kritikal ini juga dikatakan meragukan. Pada surat bertarikh 5 Januari 2017 oleh Jabatan Laut Sabah telah meluluskan 6 Januari 2017 sebagai tarikh awal kerja-kerja salvaj.

Bahkan Jabatan Laut Sabah di dalam surat tersebut telah mengguna pakai titik kerja penyelidikan sebagai ‘abandoned’.

Salah satu imej yang dirakam di lokasi Rice Bowl Wreck. - Sumber foto dirahsiakan

Sebagai pihak berkuasa laut negeri, sesuatu yang mustahil sekiranya mereka tidak mengetahui lokasi sekitar koordinat telah lama menjadi lokasi mencari rezeki oleh nelayan-nelayan daerah Kota Belud sejak dahulu lagi.

Status dan prosedur pemilihan syarikat ‘enterprise’ yang dipilih juga menjadi tanya tanya semua pihak. Apa kepentingan Naib Canselor dan TNC Penyelidikan terhadap kontraktor yang berstatus ‘enterprise’ ini.

Adakah syarikat yang berdaftar dibawah label kerja-kerja kejuruteraan sivil ini berpengalaman mengendalikan kerja-kerja dasar laut bagi tujuan akademik ataupun ‘kajian kimia’ seperti kenyataan rasmi Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah di dalam laman rasmi universiti tersebut?

Gambarajah menunjukkan koordinat yang diluluskan untuk kerja-kerja salvaj dan penyelidikan. - Sumber imej dirahsiakan

Damage has been done. Melalui beberapa carian, titik kerja-kerja salvaj dan penyelidikan (gambar atas) ini juga telah tersasar daripada titik-titik yang diluluskan oleh pihak Jabatan Lautan. SPRM wajar menyiasat kes ini.

Yang bertanda merah adalah koordinat yang diluluskan, manakala yang bertanda biru adalah lokasi kerja-kerja salvaj yang melibatkan ketiga-tiga runtuhan kapal kargo Teluk Usukan.

Melalui tinjauan terbaru (seperti dalam gambar), kerja-kerja ‘penyelidikan dan kajian’ ini telah memusnahkan keseluruhan struktur ketiga-tiga runtuhan kapal kargo tersebut.

Sehingga kini, masih ternanti-nanti tindakan Jabatan Laut Sabah dan juga universiti penyelidikan dan ilmiah Universiti Malaysia Sabah juga Naib Canselor yang bertanggungjawab, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah tampil untuk bertanggungjawab atas kemusnahan struktur ketiga-tiga kapal kargo ini selepas tampil dengan kenyataan bahawa; “kerja-kerja salvaj telah selesai sepenuhnya” pada 26 Januari 2017.

Apa lagi yang tinggal di lokasi Upside Down Wreck? - Sumber foto dirahsiakan

Lebih mengejutkan laporan terbaru pada 11 Mei 2017 Harian Ekspress  apabila kapal korek yang terlibat kerja-kerja penyelamatan tiga bangkai kapal Jepun  di Teluk Usukan didaftarkan di China pernah terlibat dengan kes mencuri bangkai kapal perang di Indonesia. Ini sangat memalukan apabila pihak berkuasa Indonesia memaklumkan Kapal Pengorek Chuan Hong 68 adalah sangat dikehendaki.

UMS TUMPUAN.jpg

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Zubir Mat Som ketika dihubungi mengesahkan penahanan kapal itu sebagai maklum balas kepada pemintaan daripada pihak berkuasa Indonesia itu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun penahanan itu memberi bukti baru yang mewajarkan kes itu diteliti semula.

“Ia sudah tentu membuka persoalan baharu mengenai kredibiliti kapal itu. Jika ada bukti serta fakta kes baru kami akan teliti semula kes itu”.

Jakarta Post melaporkan bahawa Kerajaan China percaya Chuan Hong 68 beroperasi untuk sebuah syarikat di Malaysia. Chuan Hong 68 terlibat dengan pencurian besi buruk kapa-kapal perang.

UMS menjadi tumpuan dianggap bersengkongkol dengan syarikat enterprise yang dilantik kerja-kerja  kejuruteraan sivil dasar laut. Ia sangat memalukan bukan sahaja Negeri Sabah tetapi negara Malaysia.

Seorang pemimpin NGO di Negeri Sabah berkata Skandal Kapal Karam Jepun yang memusnahkan alam sekitar yang dilakukan tanpa kebenaran kerajaan negeri ini wajar disiasat SPRM. Apatah lagi hanya melibatkan Jabatan Laut Sabah dan Universiti Malaysia Sabah. Apa kepentingan mereka kepada syarikat yang melaksana sehingga syarikat yang dilantik terlibat dengan pencurian khazanah di perairan Asia.

” SPRM wajar menyiasat kes ini. Ia sangat memalukan kerajaan negeri malah Kerajaan Malaysia”. Katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Budiman.

“Kes ini mengundang kontroversi besar. Bagaimana pula Dr Harun Abdullah (Naib Canselor), Dr Sharil Yusof (TNC R&D) dan Prof Dr Kamaruddin (TNC Akademik) yang terlibat pengurusan universiti kes Skandal memalukan ini terus disyorkan sebagai cadangan Naib Canselor UMS. Sepatutnya siasat dahulu oelh SPRM”. tambahnya lagi.

Sumber mengesahkan SPRM menyiasat skandal penyelidikan kapal perang Jepun lama ini jika terdapat eleman rasuah dan salah gunakuasa termasuk melantik syarikat kapal korek yang terlibat dengan jenayah pencurian khazanah kapal karam di perairan Asia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s