“Kami risau aliran akaun yang disiasat SPRM”- Al Qayyim

maza.jpgKUALA LUMPUR: Sumber dari pejabat Mufti Negeri Perlis mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada membuat siasatan mengenai isu jabatan itu yang dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim.

Ia susulan pendedahan netizen dalam media sosial termasuk sebuah blog Captain M menyatakan Dr Maza dan Ustaz Abd Rasyid bin Idris sebagai pengasas pertubuhan berpengkalan di Mengkuang, Bukit Mertajam yang didaftarkan pada tahun Tahun 2005 yang dulu dikenali Institut Al-Qayyim (IQ) kini Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim.

Mufti itu dikatakan kekal sebagai pengasas dan Penasihat pertubuhan itu sehingga hari ini sejak ditubuhkan.

jabatan mufti.jpg

Mufti itu didakwa mempunyai kepentingan dalam pertubuhan ini selaku penjawat awam sehingga terlibat mengumpul wang derma termasuk memberikan peruntukan kepada pertubuhan Al Qayyim yang diasaskan melalui Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam.

Dilaporkan sejumlah RM16 juta dana derma dalam akaun Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim tidak didedahkan tujuannya pada tahun 2016. Walaubagaimanapun Mufti dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim dalam kenyataan media facebook serta video ceramah mereka  menafikan wang derma RM16 juta itu dan berkata ia satu fitnah

” Saya punya sengkek macam ni, mereka boleh kata saya ada RM16 juta, Saya dengar tu mula-mula seronok, kalau ada RM16 juta mereka semua ini para petugas saya, saya beri peralatan canggih bertaraf hollywood tu, bukan duit saya kutip, majlis tu IQ yang buat.”. kata Dr. Mohd Asri dalam ceramahnya minggu lalu

Walaubagaimana sehingga ke hari ini Dr Rozaimi Presiden Al Qayyim tidak pernah mendedahkan penyata pendapatan dan perbelanjaan pertubuhan itu sejak isu itu tular dalam media sosial.

Dr Rozaimi hanya membuat pengakuan menerima tajaan tiket, penginapan dan segala keperluan sesuai dari NGO Malaysian Islamic Study Group (MISG) USA ketika berada di Amerika Muktamar IMSA, MISG.

Sumber dalaman Pertubuhan Al Qayyim turut mendedahkan SPRM ada meminta dokumen berkaitan seperti akaun pertubuhan dan pihaknya sedang menyediakan untuk diberikan kepada SPRM.

“Ya kami ada dihubungi oleh SPRM dan meminta dokumen berkaitan. Kami sedang membetulkan segala dokumen yang ada.”

“Kami amat risau dengan aliran akaun dan penerimaan sumbangan khususnya yang dikaitkan pertubuhan dengan jabatan dan majlis agama, adakah ia dilihat sebagai satu kepentingan”. tambah sumber itu yang tidak mahu nama dan jawatanya didedahkan.

maza kena sprm.jpg
Sumber berkata, pegawai penyiasat akan menyiasat kes itu dan pihak yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, suruhanjaya masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan laporan dan maklumat yang telah diberikan oleh orang ramai, Jabatan Mufti dan Pertubuhan Al Qayyim. Pegawai suruhanjaya enggan mengulas tentang perkara ini ketika dihubungi bagaimanapun mengesahkan siasatan itu.

 

Advertisements

2 thoughts on ““Kami risau aliran akaun yang disiasat SPRM”- Al Qayyim

  1. Pingback: “Kami risau aliran akaun yang disiasat SPRM”- Al Qayyim - GedungKartun.Com

  2. Pingback: KAMIKAZENEWS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s