Iftar Pensyarah UPSI di Melbourne Bakal Cetus Kontroversi kerana dikaitkan Dr Maza jual meja?

rozaimi kaki rasuah.jpg
Sejak 13 Mei yang lalu, isu bayaran meja berbuka puasa Pertubuhan Al-Qayyim (IQ) yang bernilai RM 30 ribu seperti tidak berakhir. Selain daripada persoalan harga meja yang mahal, rakyat juga mahu tahu ke manakah duit yang dikumpulkan oleh pertubuhan ini dibelanjakan.

Penasihat IQ, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) yang juga merupakan Mufti Negeri Perlis dan Presidennya, Dr. Rozaimi Ramle, pensyarah kanan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) menafikan bahawa dana yang dikumpulkan oleh pertubuhan itu digunakan untuk tujuan peribadi mereka.

Antara penafian mereka ialah perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal mereka tidak menggunakan dana IQ sebaliknya ditanggung oleh kumpulan seperti Kampung Utara Melbourne
kum3.jpg
Bakal menjelangnya Ramadhan ini, pihak Kampung Utara Melbourne telah menjemput Dr Rozaimi untuk berbuka puasa dan berceramah di Melbourne pada 3 Jun 2017 (Sumber Facebook Kampung Utara Melbourne).
kum5.jpg
Berdasarkan penafian daripada pihak Kampung Utara Melbourne berkenaan perbelanjaan lawatan Dr Maza yang lalu, kita boleh bertanya adakah sekali lagi, Dr Rozaimi dijemput menggunakan tajaan Kampung Utara Melbourne tersebut?
Namun, menurut Facebook Kampung Utara Melbourne, mereka sedang berusaha membina sebuah bangunan Pusat Komuniti yang bernilai Dolar Australia $577,000 dan masih memerlukan sekitar $277K (sekitar RM 890K) lagi untuk pembinaan pusat tersebut
kum7.jpg
Oleh itu, agak hairanlah jikalau sebuah persatuan yang kesempitan wang seperti ini masih mahu menjemput penceramah dari Malaysia. Tentulah wang yang digunakan untuk menampung Dr Rozaimi itu lebih afdhal digunakan untuk membina bangunan tersebut.
Beberapa persoalan:
1. Rakyat ingin tahu adakah wang perbelanjaan Dr Rozaimi ke Melbourne tersebut adalah dari dana IQ?
2. Jika bukan, adakah ia datang dari wang persatuan Kampung Utara Melbourne?
3. Jika ya, maka tidakkah Dr Rozaimi malu untuk menumpang wang yang sepatutnya digunakan untuk membina bangunan KUM?
Oleh itu, wajar bagi beliau untuk menjelaskan isu ini kerana melibatkan dua isu iaitu ke manakah Dana IQ dan juga kesesuaian beliau menumpang dana golongan yang daif dan lebih memerlukan.
Adalah diharapkan bahawa isu-isu kontroversi ini wajar beliau elakkan supaya pihak Universiti beliau iaitu Universiti Perguruan Sultan Idris tidak ditimpa banyak persoalan di kemudian hari.
Surat Pembaca:

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s