46% daripada 414 individu ditahan SPRM ialah penjawat awam. Mufti turut disiasat SPRM?

Datuk-Shamshun-Bahari-Mohd-Jamil.jpg

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 414 individu atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun ini, dengan 191 orang atau 46% daripadanya merupakan penjawat awam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Bahari Mohd Jamil berkata, 13 daripada penjawat awam tersebut memegang jawatan peringkat pengurusan tertinggi, 44 daripada peringkat pengurusan dan profesional, manakala 134 pula adalah kumpulan pelaksana.

“Kita mahu memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah yang memang fokusnya terhadap gejala rasuah dalam sektor awam.

“Dalam masa 3 tahun ini menjelang 2020, kita fokus kepada sektor awam dahulu. Bagaimanapun, ia tidak bermakna sektor lain diketepikan,” katanya selepas perhimpunan bulanan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini hari ini.

Sementara itu sebuah blog Captain M mendedahkan Dr Maza dan Ustaz Abd Rasyid bin Idris sebagai pengasas pertubuhan berpengkalan di Mengkuang, Bukit Mertajam yang didaftarkan pada tahun Tahun 2005 sebagai sebuah badan amanah dikenali Institut Al-Qayyim (IQ) kini Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Dr Maza dikatakan kekal sebagai pengasas dan Penasihat pertubuhan itu.  .

 

maza kena sprm.jpgMenurut blog itu lagi Dr Maza mempunyai kepentingan dalam pertubuhan ini selaku penjawat awam sehingga terlibat mengumpul wang derma termasuk memberikan peruntukan kepada pertubuhan Al Qayyim yang diasaskan melalui Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Terbaru blog itu mendedahkan sejumlah RM16 juta dana derma dalam akaun Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim tidak didedahkan tujuannya pada tahun 2016.

Tambah blog itu lagi SPRM wajar menyiasat Dr Maza Mufti Perlis itu dan akaun pertubuhan itu kerana jika terdapat penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Menurut sumber, pendedahan pertubuhan dinaungi Dr Maza Mufti Perlis yang giat mengumpul dana derma awam menggunakan pengaruh mufti ini akan disiasat SPRM.

Sebelum ini SPRM menahan pegawai jabatan agama negeri, CEO Zakat Pulau Pinang dan bukan perkara baru jika pegawai institusi agama disiasat SPRM.

 

Advertisements

3 thoughts on “46% daripada 414 individu ditahan SPRM ialah penjawat awam. Mufti turut disiasat SPRM?

  1. Tapi kenapa menteri – menteri .Wakil rakyat BN Umno dan PM Njib tak disiasat oleh SPRM. . .? .Maka itu rakyat masih tak percayakan SPRM. . .

    Like

    • siapa kata tidak disiasat? isu akaun RM2.6B telah disahkan sprm pada Mac 2016. sila google sendiri.jangan pemlas. SPRM badan yang sama turut sahkan kes DIEG PKR diselangor. kenapa masa DIEG disahkan kamu setuju..ketika SPRM sahkan akaun 2.6 kamu tak setuju? badan sama sahaja!

      Like

  2. Tapi kenapa menteri – menteri .Wakil rakyat BN Umno dan PM Njib tak disiasat oleh SPRM. . .? .Maka itu rakyat masih tak percayakan SPRM. . .

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s