Dr Maza Mufti Perlis pengasas Pertubuhan Al- Qayyim jual meja RM30k disiasat SPRM?

DR MAZA KUTIP DERMA.jpg

Kredit Infografik: Captain M

KUALA LUMPUR – Perkongsian infografik Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis mengenai penjualan meja Iftar Perdana IQ Malaysia di facebooknya pada Jumaat  lalu menjadi tular di media sosial yang memaparkan penjualan meja secara pakej dari RM1500 sehingga RM30,000.

Memetik kenyataan status di Facebook Dr Maza bahawa Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Malaysia sedang mengumpul dana dakwah untuk dana pengurusan, pembangunan dan kebajikan pertubuhan itu.

Sejak semalam kempen penjualan meja Iftar menjadi tular dan dikecam oleh netizen. Dr Maza yang suka menyindir dan mengkritik orang lain jadi bahan ‘troll’ kerana sanggup menjual agama untuk meminta derma awam sedangkan meminta-minta adalah dilarang dalam Islam.

Dr Maza juga didapati telah memadamkan  kenyataan itu dalam facebooknya dan menulis menggunakan nama ‘admin’ menjelaskan jualan meja itu sebagai kutipan derma dakwah.

Netizen juga meragui Institusi Al Qayyim yang diasaskan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis ini. antara lain komen netizen

” merasakan ada sesuatu tidak kena dengan Institusi Al-Qayyim ini”.

“Kali terakhir Pertubuhan IQ mengemaskini web mereka kalau tidak silap saya pada 2015. Dan saya tidak nampak apa-apa aktiviti yang dikemaskini oleh institusi ini sejak 2013. Malah carta-organisasi juga kekal sejak 2013. Benarkah institusi ini masih berfungsi? Bukahkah setiap tahun perlu adakan AGM? Mana laporan kewangan mereka setiap tahun?”

“Saya harap duit-duit mereka pergi melancong merata dunia bukan dari hasil derma awam”.

Laman Facebook rasmi Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin terus dihujani komen mempersoal sikap berpura-pura Dr Maza dan kepentingannya dalam NGO yang ditubuhkannya sendiri.

Sementara itu sebuah blog Captain M mendedahkan Dr Maza dan Ustaz Abd Rasyid bin Idris sebagai pengasas pertubuhan berpengkalan di Mengkuang, Bukit Mertajam yang didaftarkan pada tahunTahun 2005 sebagai sebuah badan amanah dikenali Institut Al-Qayyim (IQ).

Dr Maza aktif dalam Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim sebagai pengasas dan Penasihat dan kekal dengan jawatan itu walaupun dilantik sebagai Mufti Perlis sejak tahun 2015.

DERM DARI MAIPS.jpg

Menurut blog itu lagi Dr Maza mempunyai kepentingan dalam pertubuhan ini selaku penjawat awam.

“Jika Iftar Perdana IQ ini dijadikan medan mengutip wang sehingga penjualan meja setinggi RM30,000 sudah tentu audit akaun pertubuhan ini perlu didedahkan jika ia bertujuan mengutip derma untuk keuntungan. Menggunakan nama baik Mufti untuk mengutip derma adalah sesuatu yang sangat serius bagi seorang penjawat awam”. 

“Sebagai Pengasas dan penaung pertubuhan dipromosikan dalam Facebook rasmi Dr Maza ia jelas melanggar peraturan penjawat awam. Nama mufti digunakan untuk meraih kepercayaan orang ramai agar menderma. Ia bertentangan peraturan penjawat Pekeliling perkhidmatan 3/1998“. 

Terdapat juga bukti Dr Maza sebagai Mufti Perlis melalui Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) memberikan peruntukan kepada pertubuhan Al Qayyim yang dimilikinya. Ini jelas Dr Maza melakukan salah guna kuasa.

Menurut blog lagi SPRM, Dr Maza sepatutnya tampil memberi penjelasan malah boleh meminta SPRM, pihak audit dan pihak polis menyiasat aliran kewangan pertubuhan ini.

Menurut sumber, pendedahan pertubuhan dinaungi Dr Maza Mufti Perlis yang giat mengumpul dana derma awam menggunakan pengaruh mufti ini bakal disiasat SPRM.

Program Iftar Perdana IQ Malaysia yang bakal diadakan pada 10 Jun 2017 di PWTC mengutip derma itu bakal mendengar bual bicara dari Prof Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti dan Pengasas Pertubuhan Al Qayyim) dan Dr Ustaz Mohammad Rozaimi Ramle Presiden IQ Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s