Pemilik konsesi Komtar lari dari Pulau Pinang tinggalkan Lim Guan Eng takut disiasat SPRM

DSRK lari.jpg

Laporan berita salah guna kuasa Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai kelulusan CCC tanpa kelulusan dan pemeriksaan bomba mendapat perhatian netizen dan telah sampai ke pengetahuan pemilik syarikat Only World Group Dato’ Sri Richard Koh dan isterinya Dato’ Jean Koh.

Dilaporkan Dato’ Jean dan Richard Koh telah melarikan diri dari Pulau Pinang hari ini dan akan berada di Kuala Lumpur atau di luar negara bimbang berlaku sebarang kemungkinan siasatan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh menjejaskan nama baik Lim Guan Eng.

ccc lim.jpg

Difahamkan  Dato’ Sri Richard Koh dan Dato’ Jean Koh telah memperolehi Sijil Perakuan Siap (CCC) fasa 3 bertarikh 5 Mei lalu (Back date) yang jelas membuktikan  kerja-kerja naiktaraf bangunan tidak mempunyai CCC sejak 18 disember 2016 ketika ia dilancarkan dan beroperasi secara haram telah mengutip jutaan ringgit.

Kakitangan OWG juga dilarang untuk menyebar dan berkongsi apa-apa sahaja isu yang dipaparkan dalam blog atau portal bagi mengelak nama buruk syarikat disebar meluas. Media massa juga tidak akan dilayan berhubung kes ini.

LGE dan CCC

Kandungan mesej dari aplikasi whatapps yang dedahkan salahlaku rasuah LGE dan Richard 

Sementara itu sumber lain menyatakan semua laporan dan dokumen penyelewengan dan salahguna kuasa berhubung status Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) telah diserahkan kepada SPRM untuk disiasat hari ini. Turut diserahkan semua dokumen dari PDC, MBPP, Lembaga Arkitek, Jabatan bomba dan lain-lain.

Bagaimanapun pelapor tidak mahu namanya didedahkan kepada umum.

“Kami yakin semua dokumen yang diserahkan kepada SPRM ini jelas dan terdapat bukti berlaku salah guna kuasa dan juga rasuah sehingga beberapa bahagian yang diubah suai di The Top Komtar tanpa sijil perakuan siap terus dibuka kepada orang awam. Kami yakin siasatan SPRM lebih menyeluruh”. tambah sumber itu.

29 April lalu sebuah blog melaporkan projek fasa 3 Komtar yang menjadi pusat kunjungan orang ramai belum mendapat sijil perakuan siap yang mendapat perhatian netizen. Polemik ini berterusan hingga hari ini.

OWG adalah syarikat yang mengubah suai Komtar dengan pelaburan RM200 juta dan diuruskan secara  konsesi selama 60 tahun. Dato’ Sri Richard Koh pengasasnya merupakan sahabat baik Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s