Pegawai khas Ketua Menteri Melaka didakwa pecah amanah dan 11 kesalahan Akta Pengubahan wang haram

 

sprm yusof.jpg

MELAKA – Datuk Yusof Soros PEGAWAI KHAS KETUA MENTERI MELAKA bekas pegawai khas Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang ditahan reman tahun lalu kerana kes rasuah membabitkan lebih RM150 juta yang sepatutnya didakwa Selasa 25 April 2017 akhirnya ditahan SPRM hari ini ketika menyerah diri di pejabat SPRM Melaka  di sini.

Portal ini melaporkan pegawai berkenaan mempunyai ‘kabel’ dengan pihak tertentu akhirnya ditahan SPRM petang tadi hampir sejam selepas beliau disoal siasat oleh SPRM.

“Beliau kini dalam tahanan dalam tempoh 24 jam,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, bahawa SPRM akan mendakwa Yusof Soros esok.

Yusof Soros sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM dan dibenarkan diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin selain siasatan aktiviti pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001. Bagaimanapun Yusof Soros akan turut didakwa Seksyen 409 Kanun Keseksaan pecah amanah jenayah.

“Esok Yusof akan didakwa 4 kesalahan dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan pecah amanah dan  11 kesalahan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA 2001)”. kata sumber itu.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu menyita lebih RM150 juta dalam bentuk wang tunai, kenderaan, aset dan dokumen daripada ahli politik itu.

ysuof tahan.jpg

Ia termasuk RM41 juta wang tunai, RM12.6 juta di dalam akaun bank, 56 hak milik tanah milik Yayasan Melaka di Sabah dan enam fail Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) berkaitan projek penambakan tanah, tujuh kenderaan (dua Toyota Vellfires dan masing-masing sebuah Toyota Camry, BMW, Proton Waja, Perodua Myvi dan Proton Exora).

Dua kenderaan pacuan empat roda Toyota FJ Cruiser bernilai RM200,000 setiap satu turut disita.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan blogger terkenal Rocky bro mempersoalkan mengapa  pendakwaa Yusof Soros tertangguh sedangkan mahkamah majistret di negeri itu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pegawai khas Ketua Menteri Melaka itu.
yusof soros1

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s