Lagi salahguna kuasa Lim Guan Eng luluskan CCC tanpa kelulusan bomba

LGE dan CCC

Susulan berita pengubahsuaian bangunan The Top @Komtar yang disiarkan 6 Mei lalu dan dimainkan dalam media sosial Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan kelulusan segera Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) fasa 3 tanpa pemeriksaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Sebelum ini sebuah blog melaporkan projek fasa 3 Komtar yang menjadi pusat kunjungan orang ramai belum mendapat sijil perakuan siap sejak 4 bulan lalu.

“Paling menakutkan ialah kawasan tarikan awam Taman Komtar (Fasa 3), pawagam dome 7 dimensi, Taman Tema Dunia Jurasik serta kemudahan lain di Aras 5 yang belum ada CCC hingga kini dan terus dibuka kepada awam sejak 18 Disember 2016. Kata blog itu.

Menurut sumber kontraktor diarahkan untuk terus mendapat kelulusan CCC atas arahan Lim Guan Eng kepada MBPP dan PDC. Tidak boleh dipersoalkan. Semua CCC yang diluluskan diletakkan tarikh awal bulan atau ke belakang (back date) sebagaimana fasa 2 seolah-olah permohonan itu dilakukan lebih awal.

” Pihak kontraktor, Dato’ Sri Richard Koh pengasas OWG, MBPP dan PDC tidak boleh membuat penipuan kerana dokumen tarikh permohonan dan kelulusan dokumen jelas membuktikan kerja-kerja naiktaraf bangunan tidak mempunyai CCC sejak 18 disember 2016 ketika ia dilancarkan. Ia jelas melanggar peraturan.” kata seorang sumber yang tidak mahu namanya disiarkan.

DO TOPSelain masalah CCC dan salahguna kuasa Lim Guan Eng serta rasuah Richard Koh seorang netizen Ong Eu Soon mendedahkan dalam rekod Majlis Bandaraya Pulau Pinang kebenaran mengubah suai hanya sehingga ke tingkat 66 dan tidak ada kebenaran untuk ‘Pelangi Skywalk’ di Top Komtar.

“Dimanakah kebenaran merancang untuk lantai tambahan sehingga tingkat ke-68?”. Katanya.

Seorang lagi netizen Hafizi Harris turut mempersoalkan kebenaran merancang sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ong Eu Soon.

Semakan terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang sebelum ini mengesahkan fasa 3 Aras 5 belum diluluskan oleh JBPM memandangkan belum menepati piawaian keselamatan bangunan. Namun apabil ditanya mengenai kelulusan CCC pada 5 Mei lalu Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak dapat memberikan jawapan.

“Kami tidak boleh mengesahkan kelulusan CCC Fasa 3 kerana permohonan semula yang gagal sebelum ini tidak dikemukakan kepada JBPM. Kami ada menyatakan senarai yang perlu diperbaiki kepada pemilik bangunan”. kata pegawai bomba yang tidak mahu namanya didedahkan.

Menteri Kesejahteraan bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu memberi penjelasan berhubung laporan Jabatan Bomba berhubung kelulusan sijl perakuan siap dan pematuhan yang sebelum ini tidak diluluskan namun tanpa pemeriksaan semula bomba kini telah diluluskan.

Apakah terdapat unsur rasuah dikalangan pegawai JBPM atau Ketua Menteri Pulau Pinang itu menggunakan kuasa penuhnya memberi arahan kepada MBPP meluluskan CCC tanpa pemeriksaan semula Jabatan Bomba.

Sumber memaklumkan sudah ada usaha untuk menutup semua kelemahan dengan menyediakan dokumen yang ada untuk membetulkan kesilapan pemilik projek Dato’ Sri Richard Koh. Bagaimanapun jika dokumen ini dibocor atau diserahkan kepada SPRM pastinya salah laku rasuah dan salah guna kuasa dapat dikesan.

 

 

 

One thought on “Lagi salahguna kuasa Lim Guan Eng luluskan CCC tanpa kelulusan bomba

  1. Pingback: Pemilik konsesi Komtar lari dari Pulau Pinang tinggalkan Lim Guan Eng takut disiasat SPRM | MalaysiaProNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s