Kerajaan hapus dasar kabotaj legasi 37 tahun Mahathir untuk monopoli kroni

PM najib kabotaj sabah.jpg

Hari ini 7 Mei dua perkara penting diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razal Kerajaan ketika  berada di Sabah iaitu melancarkan bangunan terminal baharu dan projek menaik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan (LTS) bernilai RM80 juta.

Paling bersejarah ialah kerajaan mengumumkan penghapusan dasar kabotaj aktiviti perkapalan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 1 Jun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia turut melibatkan aktiviti perkapalan dalam negeri Sabah, Sarawak dan Labuan. Bagaimanapun, beliau berkata pengecualian itu tidak terpakai terhadap aktiviti perkapalan di antara dua negeri dan wilayah di Malaysia Timur itu.

“Maknanya, dari mana-mana pelabuhan di Semenanjung Malaysia ke mana-mana pelabuhan di Sabah, Sarawak dan Labuan dan sebaliknya. Di antara pelabuhan di dalam negeri Sabah dan di antara pelabuhan di negeri Sarawak.

“Walau bagaimanapun, pengecualian ini tidak terpakai kepada kapal-kapal yang beroperasi di antara negeri Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Jadi maknanya, tiada lagi apa-apa yang boleh kita katakan harga barang naik di Sabah ini, kita kecualikan penguatkuasaan dasar kabotaj ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Ekspresi Negaraku di Padang Bandaran Sandakan di sini hari ini.

Dasar Kabotaj telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan Timbalan Perdana Menteri pada 1 Januari 1980.

Dasar ini dilaksanakan bagi membantu perkembangan industri perkapalan tempatan dan menyekat penglibatan kapal perdagangan asing dalam penghantaran kargo domestik.

Kapal-kapal asing tidak boleh memunggah kargo mereka secara langsung dalam pelabuhan-pelabuhan lain dan perlu pergi melalui pelabuhan ditetapkan seperti Port Klang.

Ini adalah salah satu sebab mengapa harga barangan di Sabah dan Sarawak sentiasa lebih tinggi daripada di Semenanjung Malaysia.

Dasar yang dicipta Mahathir untuk melindungi pemain industri perkapalan tempatan hanyalah satu dari alasan untuk menghadkan persaingan dan mengukuhkan monopoli syarikat penghantaran seperti Konsortium Perkapalan Diperdana Corp yang dimiliki Mirzan anak Tun Dr Mahathir.

Rakyat Malaysia Timur Sabah dan Sarawak terpaksa menanggung kos barangan dan kos hidup yang tinggi.

Selepas Najib mengambil alih pada tahun 2009 terdapat liberalisasi sebahagian daripada Dasar Kabotaj bagi dagangan transshipment (pindahan antara kapal) bagi kargo yang dikontenakan di antara pelabuhan-pelabuhan terpilih di Semenanjung Malaysia dan tiga di Sabah dan Sarawak. Pelabuhan-pelabuhan yang terbabit ialah Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Semenanjung Malaysia, Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Bintulu di Sarawak serta Pelabuhan Teluk Sepangar berdekatan Kota Kinabalu di Sabah.

Walau hampir dua tahun selepas Dasar Kabotaj dilonggarkan, masih kedengaran rungutan dari Sabah dan Sarawak yang langkah tersebut tidak membantu mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan di sana serta meningkatkan tahap kompetitif barangan keluaran mereka.

Malah parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP menjadikan sebagai satu serangan politik kepada kerajaan BN.Sebahagiannya dimasukkan dalam manifesto pembangkang. Namun pembangkang terlambat Kerajaan Barisan telah memansuhkan lebih awal.

kabotaj sarawak
Dalam satu kemunculan YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Abang Obeng pada 27 April 2017 di RTM 1 beliau secara terang-terang meminta Kerajaan Persekutuan sudah tiba masa mansuhkan Dasar Kabotaj yang merugikan Negeri Sarawak.

Hari ini, selepas 37 tahun Dasar itu legasi Tun Mahathir itu Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak akhirnya mengumumkan pemansuhan dasar Kabotaj berkuatkuasa 1 Jun 2017 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Rakyat Sabah dan Sarawak pasti melihat ini satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional demi rakyat. Sebelum ini Kerajaan BN membina Pan-Borneo Highway tanpa tol berbilion ringgit, pemberi milikan hak ekuiti dalam Petronas dan peningkatan autonomi bagi Sabah dan Sarawak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s