Bangunan The Top KOMTAR Penang tiada sijil perakuan siap, operasi haram sejak 4 bulan lalu

Dato Sri Richard KOh.jpgPULAU PINANG  – Pada tahun 2015 Badan Perhubungan UMNO negeri dan pelbagai pihak menyelar sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mengambil tindakan berpilih selepas cuba merobohkan struktur tulisan ‘UMNO’ di hadapan bangunan parti itu di Jalan Macalister.

Pengerusinya ketika itu Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu jelas menjadikan UMNO sebagai sasaran memandangkan banyak struktur binaan serupa di kawasan lain dibiarkan meskipun sudah lama dipasang.

Lebih tidak adil kata beliau, tindakan itu dibuat selepas pengurusan bangunan UMNO sudah mengadakan perbincangan dengan MBPP berhubung pemasangan struktur tulisan berkenaan.

Namun kali ini apa yang dikatakan sebagai kerajaan DAP berpilih-pilih itu dapat dibuktikan apabila Projek pengubahsuaian  bangunan The TOP @KOMTAR yang dilaksanakan secara konsesi kepada syarikat Only World Group (OWG) milik sahabat baik Lim Guan Eng,  Dato’ Sri Richard Koh berharga RM200 juta dilancarkan pada 18 Disember 2016 sehingga kini sebahagiannya belum mempunyai Sijil Perakuan Siap & Pematuhan ( Certificate of Completion and Compliance- CCC)

4BULAN TANPA CCC.jpg

Sebuah blog Captain M mendedahkan The Top @Komtar yang dikonsesikan 60 tahun kepada OWG tidak mempunyai CCC dan beroperasi secara haram sejak 4 bulan lalu yang bakal mengundang ancaman bahaya kepada nyawa pengunjung.

Menurut blog itu “Menjadi persoalan bagaimana Lim Kit Siang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Penang Development Corporation (PDC) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat terlepas pandang dan membiarkan The Top@Komtar dibuka kepada orang ramai tanpa CCC”.

” Paling menakutkan ialah kawasan tarikan awam Taman Komtar (Fasa 3), pawagam dome 7 dimensi, Taman Tema Dunia Jurasik serta kemudahan lain di Aras 5 yang belum ada CCC hingga kini dan terus dibuka kepada awam sejak 18 Disember 2016.”  kata blog itu lagi.

Sumber dari Jabatan Bomba dan Penyelamat juga menyatakan Aras 5 Komtar yang ada Taman Komtar  tidak diluluskan kerana binaan yang tidak memenuhi aspek keselamatan untuk orang awam. Ini sangat berbahaya kepada keselamatan pengunjung yang datang jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

tiada ccc

Sejak The Top @Komtar dibuka OWG 4 bulan secara haram telah mengutip jutaan ringgit walaupun tanpa Sijil Perakuan Siap & Pematuhan yang jelas melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan. Dokumen yang diperolehi menunjukkan terdapat usur salahguna kuasa dan rasuah. SRPM wajar menyiasatnya.

Sejak isu ini didedahkan oleh blog berkenaan dikhabarkan Dato’ Sri Richard Koh pengasas OWG bimbang ia bakal menjejaskan perniagaannya kelak.

Lebih membimbangkan jika pelaburannya RM200 juta boleh melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan menjejaskan saham syarikat di Bursa Malaysia.

Seorang pemimpin NGO di Pulau Pinang yang tidak mahu namanya didedahkan berkata ini bukti Kerajaan DAP Lim Guan Eng mengambil tindakan secara berpilih-pilih.

“Lihat saja kes-kes menyita gerai peniaga Melayu sehingga mereka terpaksa ‘gagau’ lori MBPP apabila mohon lesen tak diluluskan, tiada notis diberikan sebaliknya MBPP terus menghantar penguat kuasa untuk merampas barang-barang dan bertindak macam samseng, jika bangunan tiada permit mereka robohkan’.

“Tapi dalam kes bangunan Komtar peniaga cina berniaga ratusan juta mereka pejam mata saja walau tiada sijil perakuan siap. Kutip duit rakyat juta-juta, kalau ada kecelakaan buruk padahnya.” katanya lagi.

Untuk info Kerajaan negeri Pakatan pimpinan DAP Pulau Pinang berbangga melaungkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) namun dalam kes sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) bangunan The Top Komtar jelas menunjukkan sebaliknya.

Advertisements

One thought on “Bangunan The Top KOMTAR Penang tiada sijil perakuan siap, operasi haram sejak 4 bulan lalu

  1. Pingback: Lagi salahguna kuasa Lim Guan Eng luluskan CCC tanpa penilaian bomba | MalaysiaProNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: