Azmin tawarkan RM 100 juta atau Bubar DUN Selangor?

rm100 juta.jpg

SEPANG 5 Mei: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dijangka membuat sidang media tergempar sejurus tiba dari Timur Tengah. Azmin bakal mengumumkan sama ada beliau hilang sokongan majoriti ADUN atau sebaliknya.

30 April lalu dilaporkan 4 Adun PKR melompat parti membentuk kerajaan campuran bersama Adun PAS, BN dan bebas. Mereka yang didedahkan ialah YB Daroyah Binti Alwi PR-PKR(Sementa), Idris Bin Ahmad PR-PKR(Ijok), Yaakob Bin Sapari PR-PKR(Kota Anggerik), Rodziah Binti Ismail PR-PKR(Batu Tiga) dan YB Loh Chee Heng BEBAS- Bekas DAP (Teluk Datuk).

Polemik ini mencetuskan suasana ‘rimas’ politik Selangor apabila Setiausaha Politik Menteri Besar menafikan perkara ini sebagai satu propaganda disusuli penafian para Adun PKR, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong serta beberapa pemimpin muda PKR.

Sumber rapat Azmin Ali mendedahkan gerakan Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa ADUN PKR untuk menjatuhnya sebagai Menteri Besar Selangor sudah dihidu beberapa hari lebih awal. Langkah awal Azmin membawa hampir semua Exconya mengikuti lawatannya ke Timur Tengah 30 April lalu sebagai satu usaha tawaran dilakukan.

Azmin Ali juga dikatakan telah menyediakan RM 100 juta untuk menghadapi kemelut yang bakal berlaku untuk ditawarkan kepada 4 Adun PKR serta beberapa Adun lain termasuk bebas yang dulunya dari DAP.

Bagi PAS walaupun keputusan Tahaluf Siyasi memutuskan hubungan dengan PKR Azmin telah melakukan perundingan awal terhadap 3 Exco PAS Selangor yang berpengaruh boleh mempengaruhi Adun PAS yang lain iaitu Iskandar Samad, Yunus Khairi dan Zaidy Abdul Talib. Selain gaji RM20,250 yang menjamin Exco PAS mereka juga dibayar puluhan juta lagi untuk terus kekal bersama Pakatan di Selangor.

Sebelum ini Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) bekas pemimpin PKR yang lantang mengkritik Azmin Ali dalam pelbagai isu rasuah di Selangor turut mengesahkan maklumat terdapat perundingan 5 Adun PKR sehingga ada yang mahukan jawatan Exco, wang tunai termasuk jawatan Timbalan Menteri Besar. Bagaimanapun Chegubard berpendapat usaha menukar kerajaan ini akan gagal.

“Jangkaan saya misi mereka menukar kerajaan di Selangor dalam masa terdekat tidak berjaya sebab jawatan Menteri Besar  dan Timbalan Menteri Besar pasti milik PAS dan UMNO tak mungkin untuk ADUN lompat selain beberapa permintaan ADUN yang mahu melompat agak keterlaluan.”  Katanya dalam facebook.

Sumber berkata Azmin Ali tidak pernah takut dengan ugutan para ADUN PKR serta PAS usaha untuk menjatuhkannya. Azmin sudah bersedia lebih awal dengan peruntukan kewangan yang banyak untuk melemahkan semua musuh politiknya. Baginya berbelanja ratusan juta bukan satu masalah yang penting maruahnya sebagai Menteri Besar dipertahankan sehingga PRU ke 13 nanti.

Sidang media Azmin Ali jam 3.00 petang nanti sekembalinya dari Timur Tengah bakal menghurai isu yang berlaku. Dilaporkan dalam satu mesej whatApps hari ini semua Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat Selangor diarahkan turun menyambut kepulangan Azmin Ali dan berkumpul di VVIP LOUNGE, LEVEL 5 (Balai Perlepasan) KLIA sekitar jam 2.45 petang dan melaporkan kepada Pegawai Khas kontroversi Azmin Ali di nombor 0132507583.

Azmin dijangka akan mengadakan pertemuan bersama semua ADUN PKR dan Pakatan Rakyat selepas ini.

 

 

 

 

Advertisements

One thought on “Azmin tawarkan RM 100 juta atau Bubar DUN Selangor?

  1. kEPUTUSAN PAS memutuskan ‘Tahaluf Siyasi ” dengan PKR dan sebelumnya DAP dan 4ADUN PKR melompat parti dengan sendirinya Kerajaan PH Selangor diketuai Azmin Ali sudah hilang majoriti dan tidak wujud lagi..Ia membolehkan sebuah K baru dilantik mengisi kekosongan itu?.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s