Pakatan HARAPAN bakal tidak diluluskan ROS?

mesyuarat presiden.jpeg
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan 27 Mac lalu memutuskan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) berikutan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam perikatan pembangkang itu.

Mesyuarat  juga bersetuju supaya satu logo dan manifesto bersama digunakan pada pilihan raya akan datang.

Semalam 3 logo yang dimuat turun Rafizi dalam facebooknya mendapat kecaman netizen sebagai logo yang buruk dan memalukan.


Hari ini Pakatan Harapan juga  sudah menetapkan senarai majlis presidennya untuk diserah kepada Pendaftar Persatuan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin  dilantik sebagai Naib Pengerusi.

Datuk Saifuddin Abdullah akan bertindak sebagai setiausaha agung gabungan itu manakala Naib Presiden DAP M. Kulasegaran bertindak sebagai bendahari.

Laporan itu juga berkata, setiap parti komponen akan mempunyai tiga perwakilan dalam majlis presiden.

Datuk Seri Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan mewakili PKR; Salahuddin, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa and Anuar Tahir akan mewakili Amanah.DAP pula diwakili oleh Tan Kok Wai, Teresa Kok dan Anthony Loke. Sementara tiga wakil PPBM adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

“Senarai itu hanya jawatankuasa penaja. Kami perlu mendaftar dengan RoS nama Pakatan Harapan, matlamat kami adalah untuk menggunakan senarai ini dan simbolnya pada pilihan raya umum akan datang”. Kata Salahuddin Timbalan Presiden PPBM.

malaysiains.jpg

Awal hari ini, portal berita The Malaysian Insight menyiarkan berita memetik sumber bahawa Pakatan Harapan sudah menetapkan senarai pegawai atasannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dibuat dalam satu mesyuarat Ahad lalu.

Walaubagaimanapun sumber mendedahkan Pakatan Harapan yang bakal didaftarkan sebagai sebuah Parti akan berhadapan masalah sukar dari sudut kelulusan nama ‘Harapan’ memandangkan nama Harapan didaftarkan atas nama Parti Harapan Rakyat Sabah dengan singkatan HARAPAN RAKYAT

jim-jim1.jpgJabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) 25 Oktober 2016 telah  meluluskan pendaftaran penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) diterajui bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin. Parti Harapan Rakyat Sabah adalah satu dari parti baru yang diluluskan sudah pasti akan membuat bantahan tentang nama HARAPAN yang bakal digunakan PAKATAN HARAPAN

Mengambil contoh pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 8 September 2016 yang diluluskan oleh  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan namun ia tidak boleh menggunakan singkatan nama singkatan parti Bersatu sebaliknya hanya PPBM.

PPBM turut diberi amaran melalui surat 9 November 2016 daripada ROS mengingatkan dan memberi amaran kepada PPBM supaya tidak lagi menggunakan nama BERSATU dalam apa juga bentuk program dan aktiviti parti termasuk ceramah, penerbitan serta penggunaan poster, bunting, kain rentang dan sebagainya.

Oleh itu pendaftaran Pakatan Harapan dijangka akan mengalami masalah kelulusan dalam mendaftarkannya. ROS sudah pasti akan menolak jika terdapat bantahan dari pihak yang diluluskan sebelum ini.

Advertisements

2 thoughts on “Pakatan HARAPAN bakal tidak diluluskan ROS?

  1. Pingback: ROS Akan Tolak Permohonan Pakatan Harapan? | TV14

  2. Permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti hanyalah salah satu kaedah. Namun tentu ada lagi opsyen lain sekiranya ROS tidak luluskan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s