Logo Harapan: Latheefa kutuk Rafizi sebagai buruk, memalukan, Rafizi kata ‘kaki lalak, ‘Betina Sial’!

rafizi vs latheefa

KUALA LUMPUR: Semalam selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memuat naik 3 rekabentuk logo Pakatan Harapan, Rafizi Ramli menerima pelbagai kritikan dan sindiran tajam daripada pengguna Facebook. Lebih dari 1000 komen mengutuk rekabentuk logo itu.

Tiga logo itu disenarai pendek Majlis Presiden gabungan itu minggu lalu, dua daripada 3 logo itu menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan “Harapan” di bawahnya, masing-masing dengan latar belakang kuning dan merah.

Satu lagi logo menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas (thumbs up) dengan perkataan “Pakatan Harapan”.

Selepas dikecam Rafizi Ramli menafikan beliau mereka bentuk 3 logo Pakatan Harapan yang disindir netizen. Alasannya memang sengaja Pakatan Harapan untuk meminta netizen membuat komen jujur.

“Saya tak tahu reaksi pimpinan lain, sama ada mereka teruskan juga (memilih 1 daripada 3 logo itu) atau fikirkan mengenai komen ini. Saya tak tahu,” katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.

Latheefa Koya kutuk Rafizi Ramli

Kontroversi logo Pakatan Harapan bukan saja mengundang kritikan netizen tetapi juga dari pemimpin PKR seperti Latheefa Koya yang mengutuk logo dimuat turun oleh Rafizi sebagai buruk, jelik dan memalukan.

” You have collected millions from the public and you dare come up with this awful looking design- the cheek! putting it for people’vote?Embarassing!”

Kenyataan Latheefa secara terbuka ini mengundang serangan dari ‘budak-budak’ Rafizi dalam media sosial kerana menuduh sembarangan. Mereka memaki Latheefa Koya sebagai “kaki kecoh, kaki lawyer, kaki skandal,betina sial, poya betina kartel” dan bermacam-macam lagi.

medan kutuk latheefa

Perang Rafizi dan Latheefa Koya bukan baru. Perang mulut mereka dalam PKR tidak mungkin akan berakhir.

gaduh rafizi.jpg

Kontroversi  logo parti di negara ini bukan baru sebelum ini Parti Amanah Negara (PAN) yang dilancarkan pada Hari Malaysia 2015  menyamai lambang sebuah stesen TV di India.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mencetuskan kritikan pelbagai pihak kerana konon dianggap ‘ciplak’ lambang kelopak bunga daripada imej korporat sebuah rangkaian klinik botoks terkenal.

fahmi reza.jpg

Paling teruk adalah cadangan Fahmi Reza pejuang dari Pakatan Rakyat yang terkenal dengan rekabentuk ‘badut’ menyindir undian logo Pakatan Harapan dengan menambah pilihan D, lambang jari tengah bersifat kelucahan.

Terdapat netizen yang membuat komen ” jika hal logo pun boleh berbalah sesama sendiri susah nak buat keputusan, belum jadi pemerintah lagi pasti lebih teruk”.

Kerana logo Rafizi dan Latheefa Koya mereka dapat meneruskan perang mulut sejak sekian lama.

 

Advertisements

2 thoughts on “Logo Harapan: Latheefa kutuk Rafizi sebagai buruk, memalukan, Rafizi kata ‘kaki lalak, ‘Betina Sial’!

  1. Pingback: Logo Harapan: Latheefa kutuk Rafizi sebagai buruk, memalukan, Rafizi kata ‘kaki lalak, ‘Betina Sial’! - GedungKartun.Com

  2. KENYATAAN MEDIA

    Logo Pakatan Harapan

    Semalam, Rafizi Ramli, Naib Presiden KEADILAN telah memuatnaik ke dalam Facebook beliau beberapa draf logo Pakatan Harapan untuk mendapatkan maklumbalas umum terhadap draf logo-logo tersebut.

    Bagi pihak Media Pakatan Harapan, kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah secara jelas memberi komen, maklumbalas, kritikan serta cadangan yang membangun.

    Setelah mengambil kira dapatan dan pandangan umum yang telah diberi, serta berpandukan pandangan dari kalangan pimpinan Pakatan Harapan, pihak Media Pakatan Harapan mengalu-alukan cadangan balas reka bentuk logo Pakatan Harapan dari pihak yang berminat.

    Garis-garis panduan mencipta logo ini adalah seperti berikut:

    1. Sebaik mungkin, logo perlulah terdiri daripada dua warna, dan perlu disertakan versi hitam-putih untuk tujuan paparan di kertas undi.

    2. Logo mestilah menggunakan simbol yang mudah dikenali atau difahami ramai.

    3. Logo perlu mempunyai rasional berteraskan konsep-konsep “harapan”, “demokrasi”, “keadilan”, “integriti” dan “perpaduan”.

    4. Logo mestilah boleh dilihat sepenuhnya pada skala kecil (seperti pada lencana baju) dan besar (seperti bendera bersaiz besar)

    Logo versi akhir sebaiknya adalah dalam format ‘outlined vector’ dan dibuat menggunakan Adobe Illustrator (.ai) atau program seumpamanya.

    Orang ramai boleh menghantar cadangan logo Pakatan Harapan ke logo@pakatanharapan.my mulai Khamis 4hb Mei 2017 sehingga jam 10 pagi, Selasa 9hb Mei 2017.

    Sila sertakan sekali nama, nombor MyKad serta nombor telefon pereka logo.

    Penganjur berhak ke atas logo yang diterima untuk kegunaan Pakatan Harapan, dan boleh membuat perubahan kepada corak asal.

    Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi logo@pakatanharapan.my

    Media Pakatan Harapan

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s