Jual Saham Bandar Malaysia RM7.41 bilion kepada Iskandar Waterfront, CREC di batal

bandar malaysia.jpg

PUTRAJAYA– TRX City Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan, mengumumkan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC), kini batal, berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.

Perjanjian itu membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, bernilai RM7.41 bilion. Keseluruhan pembangunan Bandar Malaysia membabitkan kos kira-kira RM200 bilion.

TRX City Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, walaupun IWH dan CREC yang membentuk IWH CREC Sdn Bhd (IWH CREC) diberi tempoh lanjutan bagi membuat bayaran, namun mereka gagal memenuhi tanggungjawab pembayaran sebagaimana termaktub dalam syarat SSA yang ditandatangani pada 31 Disember 2015.

“Berikutan itu, SSA antara pihak terbabit terbatal berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

TRX City berkata, mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, Kementerian Kewangan selaku pemegang tunggal kepentingan TRX City, akan mengekalkan pemilikan 100 peratus terhadap kawasan itu bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat hasil daripada pembangunan kawasan itu.

Dalam masa terdekat TRX City akan mempelawa mana-mana pihak yang berminat sebagai pemaju induk Bandar Malaysia dengan pemilikan penuhnya dikekalkan oleh Kementerian Kewangan.

“Proses pemilihan itu akan membabitkan kriteria yang ketat termasuk rekod pencapaian atau prestasi, kadar tempoh pelaksanaan dan kemampuan kewangan bagi pembangunan berskala besar itu.

“Ini penting bagi mempertingkatkan semua aspek Bandar Malaysia termasuk peranannya sebagai hab perniagaan, pengangkutan, penempatan dan pelancongan.

“Langkah yang diambil hari ini bertujuan memastikan tidak wujud sebarang masalah jangka panjang dalam pembangunan Bandar Malaysia dan apabila siap kelak, ia dapat menepati (peranan) sebagai kepentingan negara pada tahap lebih baik berbanding sebelumnya,” kata kenyataan itu.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s