Azmin letak jawatan? Adun PKR bentuk kerajaan campuran didedahkan

 

4 adun dan khalid

SHAH ALAM – 3 Mei : Selepas berita 4 Adun PKR lompat parti didedahkan dan pembubaran Dun Selangor kini beberapa nama yang dikatakan terlibat dengan kerajaan campuran pula didedahkan.

Antara yang didedahkan ialah YB Daroyah Binti Alwi PR-PKR(Sementa), Idris Bin Ahmad PR-PKR(Ijok), Yaakob Bin Sapari PR-PKR(Kota Anggerik), Rodziah Binti Ismail PR-PKR(Batu Tiga) dan YB Loh Chee Heng BEBAS- Bekas DAP (Teluk Datuk). Nama-nama lain tidak didedahkan.

Semua mereka dikaitkan dengan bekas Menteri Besar Selangor YB Tan Sri Khalid Ibrahim ( Port Klang) yang sebelum ini dijatuhkan oleh kem Azmin melalui langkah Kajang.

Khalid Ibrahim ketika dihubungi tidak mahu membuat kenyataan berhubung perkara ini. Ketika ditanya desas-desus beberapa pemimpin PKR berhubung permohonan mengadap pemimpin PKR, BN, PAS dan bebas ke istana, Khalid Ibrahim hanya ‘tersenyum’ dan menjawab ringkas ‘tunggulah’.

Desas- desus 4 Adun PKR lompat parti dan akan menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas, BN dan PAS di Negeri Selangor menjadi topik perbincangan netizen minggu ini.

Azmin 30 April lalu dikhabarkan membawa semua Exconya mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Manakala Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor menepis dakwaan media berhubung 4 Adun lompat parti itu sebagai satu propaganda.

Portal ini turut melaporkan  YB Budiman Mohd Zuhdi Adun Sg Panjang yang disebut-sebut sebagai MB Selangor baru selepas kenyataan ringkasnya dalam Facebook “Mood bersedia. Diarah jangan ke luar negara. Percaya pada takdir.” mendapat perhatian netizen.

Semalam juga bagi mengurangkan tekanan persepsi lawatan Azmin Ali dan Exco di luar negara, Azmin mengerahkan semua pasukannya menyebarkan gambar-gambar lawatan bersama pelajar di Maghribi namun tidak mengulas bakal memendekkan lawatannya akibat desas-desus kencang di negeri Selangor.

wong malaysiakini.jpgHari ini Azmin mengarahkan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong membuat kenyataan menolak kemungkinan negeri itu akan mengadakan pilihan raya awal ekoran perkembangan terkini pada PAS.

“Mengikut apa yang kami tahu, kemungkinan untuk pilihan raya awal di Selangor memang tidak ada,” katanya kepada media di Petaling Jaya hari ini.

Wong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan berkata demikian mengulas dakwaan Selangor mungkin mengadakan pilihan raya awal selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

“Kami menunggu keputusan Majlis Syura Ulama PAS, itu proses mereka,” katanya.

30 April lalu Muktamar PAS Ke-63 telah meluluskan usul supaya `tahaluf siyasi’ dengan PKR diputuskan. Keputusan meluluskan usul itu dipersetujui sebulat suara perwakilan dan akan dirujuk kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk dimuktamadkan.

Sumber dalaman yang rapat dengan Presiden Parti Tuan Guru Haji Hadi berkata keputusan yang akan diputuskan oleh Majlis Syura hampir pasti meluluskan keputusan Muktamat PAS itu untuk memutuskan tahaluf siayasi PAS-PKR  atas sebab faktor PKR menentang PAS dalam dua Pilihanraya Kecil, perlekehkan ulamak PAS, dan menjadi telunjuk DAP menolak Akta RUU355.

Jika hubungan PAS dan PKR terputus bermakna kedudukan kerajaan Pakatan di Selangor perlu disemak semula termasuk 4 Adun dan beberapa pemimpin bebas yang membolehkan kerajaan campuran dibentuk di Selangor.

Jika ini berlaku bermakna Azmin Ali adalah Menteri Besar Selangor yang paling singkat di negara ini.

 

Advertisements

One thought on “Azmin letak jawatan? Adun PKR bentuk kerajaan campuran didedahkan

  1. Pingback: Azmin letak jawatan? Adun PKR bentuk kerajaan campuran didedahkan - GedungKartun.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s