Tangan Ghaib dari pejabat Ketua Menteri Melaka halang SPRM siasat & dakwa Yusof Soros?

yusof soros1.jpg

Datuk Yusof Soros PEGAWAI KHAS KETUA MENTERI MELAKA ahli politik Umno di Melaka yang ditahan reman tahun lalu kerana kes rasuah membabitkan lebih RM150 juta, dijangka didakwa hari ini (Selasa 25 Mei 2017) sebagaimana sebaran media massa.

New Sunday Times (NST) sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu menyita lebih RM150 juta dalam bentuk wang tunai, kenderaan, aset dan dokumen daripada ahli politik itu.

ysuof tahan.jpg

Ia termasuk RM41 juta wang tunai, RM12.6 juta di dalam akaun bank, 56 hak milik tanah milik Yayasan Melaka di Saba dan enam fail Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) berkaitan projek penambakan tanah, tujuh kenderaan (dua Toyota Vellfires dan masing-masing sebuah Toyota Camry, BMW, Proton Waja, Perodua Myvi dan Proton Exora).

Dua kenderaan pacuan empat roda Toyota FJ Cruiser bernilai RM200,000 setiap satu turut disita.

Yusof Soros turut berkhidmat sebagai pegawai khas kepada datuk bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ketika ditahan dan direman pada 28 November tahun lalu.

Pelantikan Yusof Soros sebagai setiausaha tugas-tugas khas BN dan Umno negeri diumumkan Ketua Menteri Idris Haron pada persidangan tahunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Klebang Kecil mengundang kontroversi dan kritikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata kepimpinan negeri perlu menilai perspektif integriti sebelum melantik mereka dalam satu jawatan.

“Apabila kita melantik orang-orang untuk jawatan kepimpinan, terutamanya untuk jawatan yang bertanggungjawab itu, saya rasa kita perlu membezakan integriti mereka. Integriti perlu memainkan peranan penting dalam kedudukan ini, “kata Low

Yusof Soros disiasat di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM dan dibenarkan diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin sebelum ini.

Beliau ditahan 24 jam pada 2 Disember bagi membantu siasatan aktiviti pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001. Beliau diberhentikan daripada majlis bandaraya itu pada Februari dan ditempatkan di pusat khidmat Umno Tangga Batu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron awal januari lalu menjelaskan, beliau turut membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah pegawai khasnya itu. Beliau menafikan disiasat SPRM hanya membantu

Walaubagaimanapun sumber menyatakan ada usaha dan tangan-tangan ghaib dari pejabat Ketua Menteri dan pihak -pihak yang berkepentingan dengan Yusof Soros untuk menghalang siasatan dan pendakwaan SPRM.

Netizen berharap sebagaimana kes Exco Johor, penjawat awam serta ahli politik seperti Adam Rosly pendakwaan kes Rasuah Yusof Soros perlu disegerakan. Jika pihak yang rapat dengan Ketua Menteri Melaka fikir Yusof tidak bersalah ia harus dibawa ke muka pengadilan untuk membersihkan namanya.

MalaysiaProNews

 

 

 

 

 

 

Advertisements

3 thoughts on “Tangan Ghaib dari pejabat Ketua Menteri Melaka halang SPRM siasat & dakwa Yusof Soros?

  1. Pingback: Tangan Ghaib dari pejabat Ketua Menteri Melaka halang SPRM siasat & dakwa Yusof Soros? - GedungKartun.Com

  2. Pingback: Adakah Yusof Soros lebih penting dari BN? | MediaLantang.Com

  3. Pingback: Pegawai khas Ketua Menteri Melaka didakwa pecah amanah dan 11 kesalahan Akta Pengubahan wang haram | MalaysiaProNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s