Kes Rasuah Adam: Dua kem PKR berbalah kini Rafizi tuduh PAS

4 ekor.jpg

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes membabitkan banglo mewah merupakan bekas ahli PAS, kata Rafizi Ramli, menjawab kritikan yang mengaitkan PKR dengan dakwaan ke atas Adam.

“Dia masuk PKR pada 2010, sebelum itu dia anggota PAS,” katanya.

Rafizi berkata PKR tidak boleh memandang mudah dengan dakwaan ke atas Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan boleh dijadikan modal politik oleh Umno dan PAS.

“Kalau tidak ditangani dengan baik, dia akan ada kesan kepada parti. Kalau tidak ambil tindakan, orang akan kata kesalahan orang lain kami bising tapi bila kena pada parti sendiri kami diam.

“Jadi tindakan perlu diambil, kalau tidak ia akan diambil kesempatan musuh politik Pakatan Harapan baik dari Umno atau PAS.”

Semalam Rafizi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

Azmin Timbalan Presiden PKR bertegas agar beri peluang kepada Adam dan selagi Adam tidak dibuktikan bersalah Adam tidak ada masalah berkhidmat dengan parti Walaubagaimanapun membawa ke Jawatankuasa Disiplin PKR adalah perkara biasa.

Adam-Rosly_3

PAS Selangor pula mengesahkan Ketua AMK PKR Ampang, Adam Rosly yang terpalit dengan kes rasuah membabitkan banglo mewah, bertindak keluar parti selepas tewas dalam pemilihan jawatan ketua Pemuda PAS Kawasan Ampang.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Adam keluar daripada PAS dan menyertai PKR selepas itu.

“Dulu Adam ahli PAS Ampang, tapi dia tewas dalam pemilihan ketua Pemuda, dia terus keluar PAS dan masuk PKR. Dah keluar tak kan ia masih dikaitkan dengan PAS”.

Iskandar berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang Adam menyertai PAS sebelum melompat ke PKR pada 2010.

zuraida lari.jpg

Sejak kes Adam Rosly muda didakwa di mahkamah sejak 21 April lalu dibawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA 2001) dua kem utama PKR turut berbalah iaitu antara kem Presiden Parti dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Rafizi paling lantang menyelar Adam Rosly yang juga dikaitkan anak didik Zuraida dan Azmin Ali.

Hari ini Kes Adam turut memalitkan tuduhan kepada PAS pula kononnya Adam adalah ahli PAS. Budaya PAS yang buruk dibawah dalam PKR. Begitulah maksud Rafizi apabila mendedahkan Adam adalah bekas PAS.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s