Menteri isteri dua tak faham ucapan Bekas Hakim Mahkamah Syariah mengenai rogol

Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, berharap Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dapat menemuinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai isu perogol mengahwini mangsanya.

Kata Shabudin, beliau berpendapat Abdul Rahman mungkin tersalah faham atau tidak mendapat maklumat sebenar sehingga mengeluarkan kenyataan keras ketika mengulas itu berkenaan.

Justeru, katanya, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu perlu mendapatkan maklumat sebenar.

“Saya mengharapkan Datuk Rahman Dahlan berpeluang berbincang, mendapatkan penjelasan yang sebenar atau boleh mengikuti perbahasan (semalam) melalui hansard (penyata rasmi persidangan) atau rakaman yang dijalankan. Beliau boleh menelitinya.

“Saya rasa beliau mungkin salah faham atau tak mendapat maklumat sebenar,” katanya dalam temu bual disiarkan laman sesawang bnbbc.my hari ini.

Shabudin menjadi sasaran kecaman ramai ekoran kenyataannya semasa berbahas di Dewan Rakyat semalam.

Seorang daripada tokoh yang mengulas kenyataan itu ialah Abdul Rahman yang menganggap perkahwinan bawah umur dan pernikahan antara perogol dan mangsa serangan seksual sebagai “keji”.

“Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup, bermimpi dan berseronok.

“Walaupun menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan kehidupan yang baik untuk anak-anak, kerajaan dan penggubal undang-undang bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan kanak-kanak Malaysia.

“Oleh itu, adalah keji pada abad ke-21 ini untuk mencadangkan perogol – yang sepatutnya didakwa sejak awal lagi – boleh lari daripada hukuman dengan hanya mengahwini mangsa,” katanya.

Kamu tak boleh kahwin

Kata Shabudin, beliau juga tidak pasti dari mana Abdul Rahman mendapatkan sumber berita mengenai kenyataan semalam.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataannya, Shabudin berkata, beliau berbahas berdasarkan pengalamannya sebagai hakim syarie.

Katanya persepsi orang ramai ketika ini ialah, perogol adalah “semata-mata orang yang ganas dan jahat”.

Bagi kes statutory rape atau hubungan seks sukarela dengan perempuan bawah umur, kata Shabudin, perogol mungkin seorang kawan atau teman lelaki.

“Perogol itu mungkin seorang kawan, mungkin teman lelaki yang dia (mangsa) sayang, dan teman lelaki itu pun sayang kepada dia,” katanya.

Misalnya, kata Shabudin, seorang lelaki berusia 20 tahun bercinta dengan gadis berusia 15 tahun dan terlanjur mengadakan hubungan seks.

Apabila perkara itu diketahui keluarga, katanya, mereka mencadangkan untuk menyelesaikan masalah itu melalui mutual understanding (persetujuan bersama).

Justeru, katanya, perkahwinan itu tidak boleh diharamkan kerana ia dibenarkan agama, malah undang-undang mengizinkannya dengan syarat mendapat kebenaran mahkamah jika mangsa berusia bawah 16 tahun.

“Kes rogol itu (tetap) kes jenayah. Tetapi sekarang ini permohonan daripada pihak keluarga dan persefahaman bersama (untuk pasangan itu dikahwinkan. Itu tak boleh diharamkan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, tidak ada paksaan untuk perogol dan mangsa itu berkahwin.

“Saya pun tak pernah sebutkan bahawa kita mesti kahwinkan perempuan yang telah kena kena rogol itu (secara statutory rape atau) secara paksaan itu dengan pasangannya. Tak ada. Saya tak menyebut benda macam itu

“Tapi kalau katakan (misalnya terjadi), kita tak tahu – ini kuasa tuhan – mungkin perempuan atau lelaki itu menyesal, insaf, mungkin dia mencadangkan untuk dia berkahwin dengan perempuan tadi, itu pun tak menjadi halangan.

“Kalau dia berumur 16 tahun ke atas, dia buat keputusan sendiri. Kalau berumur 16 tahun ke bawah, keluarga dan mahkamah boleh buat keputusan kepada dia,” katanya.

“Yang ni masyarakat kena faham. Sebenarnya saya katakan itu, katakanlah pasangan kekasih tadi, apabila berlaku kes begitu dan dia (perempuan) mengandung, kita pun kata: Oh, kamu tak boleh kahwin, undang-undang kata (mereka) tak boleh kahwin… apa jadi pada pasangan tersebut, sedangkan mereka tak ada masalah dari segi menerima antara satu sama lain.

“Sebab itu dalam syarak (agama) tak menghalang pasangan (suka sama suka) itu nak berkahwin,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s