‘Kenyataan saya diambil di luar konteks’

Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa yang melaporkan perbahasan saya secara tidak tepat seolah-olah menggambarkan saya ini menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

Semasa saya membahaskan usul bagi menolak cadangan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kuala Krai untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun, saya telah menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza.

Mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis berusia 16 tahun dan ke bawah yang hendak berkahwin perlulah mendapatkan kebenaran daripada wali dan mahkamah.

Manakala bagi laki-laki di bawah umur 18 tahun yang juga ingin melangsungkan perkahwinan perlu mendapat kebenaran mahkamah dan ianya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Ini bermakna, enakmen Islam tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada wali bagi membenarkan berkahwin di bawah usia 16 tahun (bagi perempuan) dan 18 tahun (bagi lelaki).

Seterusnya dalam perbahasan saya bercakap tentang perkahwinan antara perogol dan mangsa. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, tiada apa-apa peruntukan yang menghalang mereka untuk berkahwin.

Laporan media yang menunjukkan bahawa saya menyokong perkahwinan perogol dan mangsa ini telah diambil di luar konteks, di mana penekanan saya sebenarnya adalah tentang peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang sebarang perkahwinan dalam usia yang disebutkan.

Bagaimanapun, kes jenayah rogol yang dilakukan itu masih tetap menjadi suatu kesalahan jenayah dan terpulanglah kepada polis dan mahkamah untuk menentukan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan perogol tersebut.

Bukan halalkan rogol

Tetapi dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan undang-undang sebagai statutory rape, iaitu atas dasar persetujuan bersama (with consent).

Dalam menyelesaikan masalah tersebut, keluarga cuba menutup malu dan tidak membuat laporan polis, dan akhirnya membuat keputusan mengahwinkan mereka.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali, tetapi perlu mendapat kebenaran mahkamah syariah terlebih dulul.

Suka saya tegaskan bahawa, tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang, malah hukum syarak, yang menghalang mereka daripada berkahwin.

Isu ini sepatutnya dilihat dari sudut positif. Contohnya tentang masa depan mangsa itu sendiri, terutama bagi kes with consent tadi.

Pada masa sama, perkahwinan ini bukanlah back door exit unuk halalkan kesalahan rogol.

Dari sudut pandangan agama, pelaku (serangan) seksual boleh mengahwini pasangan (mangsa rogol) sama ada selepas atau sebelum beliau menjalani apa-apa hukuman.

Namun, contoh yang dilaporkan oleh sesetengah media terutama The Star Online seperti yang ditularkan semalam dengan mengambil contoh gadis berusia sembilan dan 12 tahun terlalu ekstrem dan sebenarnya dalam masyarakat moden Islam sendiri sangat-sangat jarang berlaku.

Antara asas kepada hakim untuk membuat pertimbangan adalah berdasarkan kepada keadaan seseorang itu telah akil baligh.

Pokoknya, contoh umur yang saya nyatakan dalam perbahasan (semalam) adalah soal akil baligh dan ia tidak terhad kepada umur sembilan atau 12 tahun.

Tetapi pihak media dalam laporan mereka melaporkan seolah-olah saya menyatakan perempuan berumur sembilan tahun terus boleh berkahwin tanpa mengambil kira soal akil baligh, terutama di bahagian tajuk berita tersebut.

Saya membahas dan menolak usul tersebut kerana usul itu berlawanan dengan peruntukan undang-undang syariah seperti yang terkandung dalam enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri.

DATUK SHABUDIN YAHAYA ialah anggota parlimen Tasek Gelugor. Tulisan di atas adalah kenyataan yang dibuatnya kepada media di parlimen hari ini.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s